Ganti kapal lama – Titah Sultan Selangor

SHAH ALAM: Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aset keselamatan negara, khususnya kapal-kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) yang lama dan perlu ditukar.

Kebimbangan itu dizahirkan baginda ketika pertemuan dengan Panglima Tentera Laut, Laksamana Tan Sri Mohd Reza Mohd Sany, Khamis lalu.

Menerusi hantaran di Facebook Selangor Royal Office, baginda selaku Kepten Yang Dipertua TLDM bertitah, semasa pertemuan itu, pertukaran aset yang berusia itu perlu dilakukan, demi memastikan kedaulatan perairan negara sentiasa terpelihara dan dalam keadaan siap siaga.



Khamis lalu, Sultan Selangor berkenan menerima menghadap Mohd Reza sempena persaraan beliau di Istana Bukit Kayangan di sini.

Beliau dilantik sebagai panglima tentera laut pada November 2018 dan akan menyerahkan tugas kepada penggantinya pada 23 Januari ini.

Mohd Reza turut merafak sembah memperkenal Timbalan Panglima Tentera Laut, Laksamana Madya Datuk Abdul Rahman Ayob yang bakal menggantikan beliau sebagai Panglima Tentera Laut ke-18.



BERNAMA


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading