Tinggalkan bayi tanpa pakaian depan pintu rumah

PUTRAJAYA: Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat momohon kerjasama orang ramai untuk mengesan ibu kandung dan waris kepada seorang bayi lelaki yang ditinggalkan berdekatan pintu rumah penduduk di Saujana Impian, Kajang pada 17 November lalu.

Pelindung Kanak-Kanak, Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat, Nur Shafizza Abu Bakar berkata, bayi yang ditinggalkan itu dianggarkan lahir tujuh hingga 10 hari ketika ditinggalkan.

Menurutnya, ketika ditemui bayi itu hanya dipakaikan lampin pakai buang serta diletakkan di atas kerusi sekitar 6.45 petang ketika ditemui.



Katanya, ketika ini bayi berkenaan ditempatkan di bawah jagaan Jabatan Kebajikan Masyarakat di bawah perintah mahkamah mengikut Seksyen 25 (2) Akta Kanak-Kanak 2001 sejak 8 Disember lalu.

“Orang ramai yang mengenali atau mempunyai maklumat berhubung ibu kandung dan waris bayi berkenaan diminta menghubungi Pejabat Kebajikan Masyarakat Daerah Hulu Langat untuk tindakan lanjut,” katanya.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button