12 PATI ditahan selepas seberang Sungai Golok

12 PATI ditahan selepas seberang Sungai Golok

12 PATI ditahan selepas seberang Sungai Golok
12 PATI ditahan pihak berkuasa sebaik menyeberang Sungai Golok di Kampung Renap, di Tanah Merah. – Foto ATM

TANAH MERAH: Seramai 12 pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk empat wanita warga Myanmar ditahan pihak berkuasa sebaik menyeberang Sungai Golok.

Kesemua PATI yang berusia 18 hingga 37 tahun itu menyeberang Sungai Golok menggunakan sampan sebelum tiba di tebing sungai di Kampung Renap, di sini pada jam 6 pagi tadi.

Markas Divisyen Kedua Infantri Malaysia (2 Divisyen) dalam satu kenyataan, di sini, hari ini berkata, pasukan beroperasi yang melaksanakan rondaan dalam Op Benteng mengesan pergerakan 12 individu berkenaan.



“Menyedari kehadiran pasukan beroperasi, semua individu terbabit bertindak melarikan diri namun berjaya ditahan.”Hasil pemeriksaan mendapati kesemua mereka adalah warganegara Myanmar yang tidak memiliki dokumen perjalanan sah dan memasuki negara ini melalui laluan haram,” katanya.

Turut dirampas adalah seutas jam tangan, sebuah beg tangan, 11 unit telefon bimbit, wang tunai dalam mata wang Malaysia sebanyak RM130 dan mata wang Myanmar sebanyak 28,200 Kyats serta 11 beg pakaian dengan anggaran nilai keseluruhan sebanyak RM8,739.40.

Kesemua PATI dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tanah Merah untuk siasatan lanjut.

Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



12 PATI ditahan selepas seberang Sungai Golok


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

 



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button