Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR
Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR
GENEVA: Pelakon terkenal Hollywood, Angelina Jolie mengumumkan beliau menamatkan perkhidmatannya sebagai wakil khas bagi Agensi Pelarian Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNHCR).
“Saya akan terus melakukan sedaya mungkin pada tahun-tahun akan datang untuk membantu pelarian dan individu yang terjejas.
“Setelah 20 tahun bekerja di bawah agensi PBB, saya rasa sudah tiba masanya untuk saya bekerja di luar badan itu.
“Saya akan bekerjasama secara langsung dengan pelarian dan pertubuhan sukarela tempatan serta menyokong advokasi mereka untuk penyelesaian,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada tahun ini, aktres itu mengunjungi Yaman dan Ukraine untuk bertemu dengan penduduk yang terjejas dengan konflik di negara itu.
Sementara itu, Pesuruhjaya Tinggi UNHCR, Filippo Grandi merakamkan ucapan terima kasih atas khidmat, komitmen dan perubahan dibawa oleh Jolie dalam kehidupan pelarian dan mangsa terjejas.
“Selepas sekian lama bersama UNHCR, saya menghargai keinginannya untuk membawa haluan sendiri dan menyokong keputusannya.
“Saya tahu isu pelarian akan kekal dekat di hatinya dan saya pasti beliau akan terus membawa semangat dan perhatian sama kepada portfolio kemanusiaan yang lebih luas,” katanya. – REUTERS/AGENSI
Angelina Jolie tamatkan khidmat UNHCR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :