Bot bawa 150 pelarian Rohingya, hanyut tanpa bekalan makanan

Bot bawa 150 pelarian Rohingya, hanyut tanpa bekalan makanan

Bot bawa 150 pelarian Rohingya, hanyut tanpa bekalan makanan
GAMBAR hiasan. – AGENSI

LONDON: Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa negara-negara di sekitar Laut Andaman untuk tampil membantu sebuah bot membawa pelarian Rohingya yang hanyut tanpa bekalan di perairan itu.

Sekurang-kurangnya 150 pelarian Rohingya terkandas di tengah lautan tanpa makanan dan air selama dua minggu.

Lapor BBC, berdasarkan maklumat diberikan oleh kumpulan pelarian itu, sejumlah mangsa termasuk kanak-kanak meninggal dunia.



Jelas kumpulan pelarian itu, mereka juga sudah kehabisan bekalan makanan dan air bersih.

Menurut PBB, setakat ini, pihaknya masih belum mendapat sebarang respon sejak membuat rayuan pada Jumaat lalu.

Dilaporkan, bot nelayan kecil itu berlepas dari selatan Bangladesh bulan lalu dan kini hanyut di perairan itu selama lebih tiga minggu.

Bot membawa kumpulan pelarian itu dipercayai cuba sampai ke Malaysia.



Bot tersebut mengalami kerosakan enjin beberapa hari selepas berlepas dari Bangladesh.

Dilaporkan, bot itu kini hanyut ratusan kilometer dari laluan ke perairan India, berhampiran Kepulauan Nicobar.

Sementara itu, seorang aktivis yang membantu pelarian Rohingya di Bangladesh, menghubungi mangsa dalam bot itu menerusi telefon satelit.

Katanya, mangsa memaklumkan hampir semua pelarian dalam bot itu tak makan dan minum selama lebih seminggu.



Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?

Bot bawa 150 pelarian Rohingya, hanyut tanpa bekalan makanan


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button