Gagal Dalam Usul Undi Percaya, PN Berpolitik Dengan Istilah Kerajaan Parpaduan
Gagal Dalam Usul Undi Percaya, PN Berpolitik Dengan Istilah Kerajaan Parpaduan
Perikatan Nasional telah terbukti gagal sebagai kerajaan ketika memegang kuasa.
Ketika itu, bukan rakyat dan negara yang menjadi keutamaan Perikatan Nasional, tetapi jawatan dan kuasa.
Rakyat dikurung, ekonomi negara jatuh ke tahap yang paling teruk, kehidupan rakyat berada di tahap yang tidak pernah dialami sebelum ini.
Tetapi setiap hari, pemimpin Perikatan Nasional hanya memikirkan bagaimana mahu terus berkuasa atau bagaimana untuk mengekalkan kuasa.
Tiada agenda pembangunan rakyat dan negara difikirkan, apa lagi diusahakan.
Penulis berharap, apabila hilang kuasa dan kini menjadi pembangkang, Perikatan Nasional berubah sikap, sesuai dengan apa yang mereka katakan akan menjadi pembangkang yang berwibawa.
Tetapi ternyata harapan penulis tidak menjadi kenyataan apabila pemimpin Perikatan Nasional dilihat masih lagi berseronok berpolitik di dalam Dewan Rakyat.
Perdana Menteri dalam ucapan awal beliau di Dewan Rakyat telah membahaskan mengenai kejadian tanah runtuh di Batang Kali, Selangor.
Sehingga kini, sudah 24 orang disahkan terkorban dalam tragedi tersebut.
Tetapi dalam perbahasan dari pihak pembangkang, tidak ada satu soalan pun yang dibangkitkan oleh Perikatan Nasional.
Seharusnya sebagai pembangkang, kerajaan perlu disoal mengenai tindakan jangkamasa panjang dan pendek untuk mengelakkan kejadian yang sama berulang.
Pembangkang sepatutnya mengambil kesempatan dalam perbahasan mengenai tragedi di Batang Kali untuk mendapatkan pencerahan dari kerajaan.
Ketika membahaskan mengenai usul undi percaya, pembangkang dilihat lebih berminat mempertikaikan istilah Kerajaan Perpaduan yang digunakan.
Bagi penulis, tidak kira apa pun istilah yang hendak digunakan.
Tetapi perkara pokok yang mesti dibangkitkan ialah apakah persediaan kerajaan untuk menghadapi cabaran besar dalam tahun 2023.
Tetapi malangnya, tidak ada seorang pun ahli politik pembangkang yang menyentuh isu kehidupan rakyat dan cabaran mendatang terhadap negara.
Kesemuanya hanya seronok membahaskan mengenai istilah Kerajaan Perpaduan yang digunakan.
Ternyata kerajaan perlu bergerak bersendirian tanpa ada kuasa semak imbang yang berkesan dari pembangkang.
Gagal Dalam Usul Undi Percaya, PN Berpolitik Dengan Istilah Kerajaan Parpaduan
Di Syorkan Untuk Anda:
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Kes SRC Mesti Di Bicarakan Semula Dan Hakim Nazlan Mesti Di Dakwa
- UMNO Mesti Menjadi Sebuah Parti Yang Bersifat Inklusif, Bukannya Eksklusif