Tanah runtuh: Seorang anggota APM cedera ketika misi SAR
Tanah runtuh: Seorang anggota APM cedera ketika misi SAR
BATANG KALI: Seorang anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Selangor yang turut serta dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa tanah runtuh di sini, mengalami kecederaan dan kini sedang menerima rawatan.
APM Selangor dalam kenyataan malam ini memaklumkan Prebet (PA) Erzvicly Fazikhan Zakariah cedera ringan pada lutut, selepas terjatuh ke dalam tanah berselut.
“Erzvicly Fazikhan mengalami kecederaan itu sewaktu menarik keluar kakinya, kerana terjatuh ke dalam selut.
“Tahap kesihatan anggota amat dititikberatkan ketika menjalankan tugas atau sebarang operasi,” menurut kenyataan itu.
APM antara lima agensi penyelamat terbabit dalam operasi SAR mangsa tanah runtuh di tapak perkhemahan Father’s Organic Farm di sini, selain Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia (SMART).
Operasi SAR yang sudah memasuki hari keempat itu diketuai Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), dengan sehingga kini 24 mangsa disahkan terkorban, manakala sembilan lagi masih hilang daripada keseluruhan 94 mangsa yang terbabit. – BERNAMA
Zeti Akhtar Aziz, sakit atau ‘buat-buat sakit’?
Tanah runtuh: Seorang anggota APM cedera ketika misi SAR
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :