Wanita maut kemalangan, suami dan dua anak cedera
Wanita maut kemalangan, suami dan dua anak cedera
KUDAT: Seorang wanita maut, manakala suami dan dua anaknya cedera selepas kereta dinaiki mereka terbabit kemalangan di Jalan Simpang Kampung Tungkang, di sini, hari ini.
Kejadian berlaku kira-kira jam 11.20 pagi dengan Elena Kolonjan, 50, yang berada di tempat duduk penumpang hadapan Perodua Myvi disahkan meninggal dunia di lokasi.
Suami mangsa, 59, yang memandu kereta berkenaan dan dua anaknya iaitu lelaki dan perempuan masing-masing berusia sembilan dan tujuh cedera.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kemalangan babitkan Perodua Myvi dan kenderaan jenis Toyota Land Cruiser itu jam 11.27 pagi.
Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kudat dikejarkan ke lokasi.
“Terdapat empat mangsa dalam Perodua Myvi dengan seorang disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan, manakala tiga lagi cedera termasuk pemandu.
“Mangsa yang maut diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, tiga mangsa yang cedera diberi rawatan awal oleh pasukan EMRS di tempat kejadian sebelum dihantar ke hospital untuk rawatan lanjut.
“Lima mangsa dalam Toyota Land Cruiser semuanya berusia antara tujuh hingga 42 tahun dilaporkan selamat,” katanya.
Wanita maut kemalangan, suami dan dua anak cedera
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mampukah UMNO Bangkit Semula?
- Mahathir akan tunggang MN 2.0 pula?
- Annuar Musa ikut skrip Mahathir tubuh MN