Bapa ‘Tipu’ Anak Konon Santa Claus Datang Rumah Bagi Hadiah

Seorang bapa cuba ‘menipu’ anaknya dengan melakar tapak kaki seakan milik Santa Claus sempena perayaan Hari Natal telah mencetus perdebatan di media sosial.

Konon Santa Claus nak bagi hadiah

Foto terbabit dimuat naik oleh seorang individu di Twitter di mana dia melakar tapak kaki Santa Claus masuk ke rumahnya untuk memberi hadiah.

Difahamkan, tujuan lelaki berkenaan melakukan perkara sedemikian adalah kerana ingin ‘membeli hati’ anak-anaknya.

Jangan ketepikan hukum agama

Susulan daripada ciapan tersebut, terdapat warganet meluahkan rasa kurang senang dengan tindakan indvidu terbabit. Bukan itu saja, dia berpendapat bahawa ia adalah kesilapan besar sebagai ibu bapa yang hanya mementingkan keseronokan anak sehingga sanggup mengetepikan hukum agama.

Kesilapan besar bagi ibu bapa apabila lebih mementingkan keseronokan si anak dan membinasakan mereka dengan benda syirik sehingga sanggup mengetepikan hukum agama.

Sedangkan ucap Hari Natal sahaja perlu ada sebab. Inikan pula menyambut Krismas yang nyata haram bagi Muslim.

Tambahnya, kaedah keibubapaan sangat mempengaruhi pembentukan anak-anak malah Islam turut menekankan betapa pentingnya ajaran agama dalam institusi kekeluargaan bagi membina keluarga yang Sakinah, Mawaddah dan Warahmah.

Didiklah dan tekankan kepada anak tentang Tauhid dan Aqidah yang benar.

@ahzaazzahra

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker