Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela

Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela

Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela

Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dilihat telah banyak mengambil iktibar dari kesilapan yang dilakukan oleh kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun 2018.

Antara kesilapan terbesar kerajaan PH ketika itu adalah terlalu ghairah untuk menamatkan kontrak penjawat awam yang telah berkhidmat dengan cemerlang.



Mereka bukan sahaja telah ditamatkan kontrak secara serta merta.

Malah kebanyakan dari mereka tercicir dari tawaran ‘soft landing’ yang dijanjikan.

Pada tahun 2018, kerajaan PH telah menamatkan kontrak seramai 2,100 orang penjawat awam yang berkhidmat di Jabatan Latihan Khidmat Negara di bawah Kementerian Belia & Sukan.

Alasan utama mengapa kontrak mereka ditamatkan adalah kerana peralihan kuasa.



Dan kerajaan PH ketika itu tidak mahu meneruskan dasar kerajaan terdahulu.

Janji menteri Belia & Sukan ketika itu, Syed Saddiq, untuk membela nasib mereka yang ditamatkan kontrak hanya sekadar janji manis yang tidak pernah terlaksana.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/plkn-dimansuhkan-nasib-2100-kakitangan-kontrak-tetap-terbela-192632



Sehingga kini, mereka masih lagi tidak mempunyai pekerjaan yang tetap untuk menyara kehidupan keluarga.

Kehidupan mereka ibarat, kais pagi makan pagi dan kais petang makan petang.

Pelbagai pekerjaan terpaksa dilakukan serentak demi untuk menyara kehidupan dan keperluan keluarga mereka.

Kini, ibarat mendapat sinar baharu, mereka mengharapkan agar Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Anwar Ibrahim dapat membela nasib mereka.



Untuk rekod, Anwar sendiri pernah berkata, rakyat tidak seharusnya menjadi mangsa peralihan kuasa dalam menjawat jawatan sebagai kakitangan awam.

Kerajaan Perlu Pertimbangkan Pengeluaran KWSP Untuk Penjawat Awam Kontrak Yang Di Tamatkan Perkhidmatan

Antara beberapa perkara yang boleh dipertimbangkan adalah pengeluaran KWSP untuk akaun 1 mereka.

Ini dapat membantu mereka menjelaskan segera segala hutang piutang dan keperluan asas kehidupan keluarga mereka.

Untuk makluman, penjawat awam kontrak yang diberhentikan tidak mendapat sebarang bayaran ‘gratuity’ sebagai imbuhan dari perkhidmatan mereka.



Majoriti dari mereka sudah mempunyai simpanan melebihi RM100 ribu berdasarkan perkhidmatan mereka dari tahun 2004 hingga 2018.

Kementerian Pertahanan dan Kementerian Belia & Sukan juga disarankan agar duduk semeja untuk mengkaji kesan domestik yang telah berlaku ke atas mereka.

Penulis tidak berniat untuk meletakkan kesalahan ke atas Anwar Ibrahim atas pemberhentian kontrak secara serta merta ini.

Kita faham, Anwar Ibrahim dan kebanyakan menteri kabinet yang ada sekarang tidak berada dalam senarai kabinet kerajaan PH era Dr Mahathir.



Namun begitu, kerajaan mana pun yang telah melakukan kesilapan, politikus mana pun yang telah memungkiri janji, satu kenyataan yang sedang berlaku tidak dapat dinafikan.

Penjawat awam tersebut kini sedang menjalani kehidupan yang penuh dengan penderitaan dan kemelaratan.

Apakah mereka layak menjalani penderitaan kehidupan sebagai balasan dari khidmat yang telah mereka curahkan?

 

Nasib Bekas Penjawat Awam JLKN Kontrak Yang Di Berhentikan Masih Tidak Terbela

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button