Lelaki saman 27 wanita kerana komen di kumpulan FB

Lelaki saman 27 wanita kerana komen di kumpulan FB

Lelaki saman 27 wanita kerana komen di kumpulan FB
NIKKO D’Ambrosio. FOTO Agensi

London: Seorang lelaki menyaman 27 wanita dengan menuntut AS$75 juta (kira-kira RM353 juta) selepas mereka meninggalkan ulasan negatif mengenainya di laman Facebook (FB), Are We Dating The Same Guy?, lapor portal Mirror.

Nikko D’Ambrosio, 32, mendakwa kesemua wanita itu sudah merosakkan reputasinya dengan menyiarkan komen yang tidak menarik mengenai dirinya di kumpulan FB itu.

Menurut tuntutan mahkamah, nama dan foto D’Ambrosio dikongsi di halaman itu, yang membawa kepada fitnah dan pencerobohan privasi.



Dalam pernyataan tuntutannya itu, wanita berkenaan didakwa menyiarkan pembohongan keterlaluan, kejam dan berniat jahat dengan mengetahui bahawa kenyataan itu palsu.

Selain itu, seorang lagi lelaki dan syarikat induk Facebook, Meta, turut dinamakan dalam saman itu.

Kumpulan Facebook itu menggambarkan ia komuniti kumpulan yang memperkasakan wanita dan melindungi mereka daripada lelaki toksik.

Saman itu mendakwa bahawa kumpulan itu mempunyai subkumpulan di seluruh negara yang membenarkan pengguna ‘menyerang’ lelaki yang mereka temui dalam talian.



“Beribu-ribu lelaki berpotensi difitnah oleh ahli kumpulan itu melalui penerbitan dalam talian ini, dan masih tidak menyedari sepenuhnya serangan terhadap mereka…,” menurut saman itu.

Aduan D’Ambrosio mendakwa bahawa defendan menyebarkan cerita palsu mengenai pengalaman janji temu mereka dengannya, sehingga menyebabkan dia mengalami penghinaan, penderitaan mental, tekanan emosi, kebimbangan dan kehilangan pendapatan.

Dalam dokumen undang-undangnya, D’Ambrosio berkongsi bahawa bertemu seorang wanita di acara kebudayaan di Chicago dan mereka melakukan hubungan intim pada malam sama. Mereka mengadakan beberapa lagi pertemuan selepas itu.

Wanita itu didakwa menyiarkan dalam kumpulan FB itu dengan memberi ulasan mengenai perangai buruk D’Ambrosio. Dia juga dilaporkan menyiarkan gambar D’Ambrosio sebelum beberapa wanita lain mengulas siaran itu, mendakwa mereka mempunyai pengalaman sama dengannya.



Lelaki saman 27 wanita kerana komen di kumpulan FB

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi Ananda a/l Krishnan




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading