Nelayan Gaza bergadai nyawa ketika perang

Nelayan Gaza bergadai nyawa ketika perang

Nelayan Gaza bergadai nyawa ketika perang
NELAYAN Palestin menjala ikan ketika perang masih berlarutan di Gaza. FOTO Reuters

Gaza: Seorang nelayan di Gaza mempertaruhkan nyawanya setiap hari dengan mendayung sampan ke perairan yang berada dalam pengawasan tentera Israel bagi menjaring ketam atau ikan untuk dijadikan makanan harian.

Abdul Rahim al-Najjar berkata, dia perlu mengambil risiko itu bagi mengelakkan ahli keluarganya, kelaparan.

“Kita tidak boleh memberi makan kepada anak-anak kita jika tidak menangkap ikan,” katanya sambil duduk di pantai dan memegang seekor ketam kecil yang ditarik dari pukatnya.



Nelayan di kawasan kecil Palestin sudah lama tertakluk kepada larangan ketat Israel mengenai aktiviti menangkap ikan.

Sejak perang tercetus pada 7 Oktober lalu, mereka hanya berani meneroka perairan dalam jarak kira-kira 100 meter (m) dari pantai.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Esok penentuan kes AMLA Najib Razak




Selepas tiga bulan pertempuran, penilaian Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu (PBB) mengatakan penduduk Gaza menghadapi risiko kebuluran.

Bagi golongan nelayan di Gaza, mereka tidak boleh sampai ke perairan yang lebih dalam.

Sebelum perang, nelayan menggunakan bot kecil dan boleh berada hanya di kawasan sejauh beberapa kilometer dari pantai di Gaza.

Abang Najjar yang juga nelayan iaitu Ibrahim berkata, pada masa ini, jika mereka pergi ke kawasan yang jaraknya lebih dari 100 m, tentera Israel kadangkala melepaskan tembakan untuk mendesak mereka kembali ke pantai.



“Kami hidup mengikut apa yang kami pancing. Walaupun apa yang kami lalui, kami tetap mahu pergi memancing dan untuk terus hidup,” katanya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Mungkin Ada Sinar Bila Keputusan Representasi Kes Rosmah Mansor Di Tangguh Lagi


Serangan Israel di Gaza membunuh lebih daripada 24,280 orang, menurut pihak berkuasa kesihatan di enklaf itu.



Laporan yang disokong PBB pada Disember lalu menyatakan penduduk Gaza menghadapi krisis kelaparan, dengan risiko kebuluran meningkat setiap hari.

Rakaman terbaharu menunjukkan huru-hara ketika ratusan orang di Bandar Gaza bergegas untuk mendapatkan tepung yang dihantar menerusi misi bantuan.

Seorang wanita yang bernama Um Mustafa berkata, dia datang lambat dan semua bekalan tepung itu sudah habis apabila tiba gilirannya.

“Saya tidak tahu apa yang akan saya berikan kepada anak-anak saya. Ayah saya sudah lanjut usia. Dia menghidap sakit jantung. Pihak sekolah hanya memberi sebotol air dan dua biskut,” katanya.



Nelayan Gaza bergadai nyawa ketika perang

 


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Demi Ananda a/l Krishnan

 




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading