‘Tiada lagi alasan bekalan air terganggu selepas tarif dinaikkan’

Oleh – Syeikh Baran


'Tiada lagi alasan bekalan air terganggu selepas tarif dinaikkan'

 Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana Malaysia (SAMENTA) berharap kenaikan tarif air pada bulan depan dapat memastikan tiada lagi gangguan bekalan air akan berlaku.



“Kos gangguan bekalan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) adalah jauh lebih tinggi daripada kesan kenaikan tarif, terutamanya sekiranya pemberhentian bekalan tidak dirancang berlaku.

“Kami berharap dengan kenaikan tarif ini, pihak berkuasa air tidak mempunyai alasan lagi untuk pemberhentian bekalan air tidak terancang ataupun ada isu penyelenggaraan dan rawatan air,” katanya kepada BH.

Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) hari ini memaklumkan bahawa tarif baharu air bagi kategori domestik di Semenanjung dan Wilayah Persekutuan Labuan membabitkan kenaikan purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu akan berkuat kuasa bermula 1 Februari ini.

Pelarasan itu dijangka membabitkan kira-kira 6.9 juta pengguna kategori domestik atau mewakili 86.6 peratus daripada 7.9 juta pemegang akaun.



Kenaikan 22 sen itu adalah purata jumlah kenaikan bagi setiap 1,000 liter air yang digunakan.

Tarif baharu air itu dijangka membabitkan caj bil naik dalam julat antara RM1.60 hingga RM8 bagi setiap kediaman atau lima hingga 27 sen sehari bagi penggunaan isi rumah sebanyak 20 meter padu sebulan.

Mengulas lanjut, Ng berkata, kenaikan tarif air yang diumumkan adalah munasabah memandangkan kos rawatan air turut naik.

“Semestinya PKS akan terkesan, kerana ini akan menaikkan kos seluruh rantaian bekalan dan bukan sahaja kos air terawat sahaja.



“Industri seperti pembuatan makanan dan minuman, farmaseutikal, elektronik, tekstil, pertanian, restoran serta kimia akan menghadapi kenaikan kos pembuatan antara dua hingga empat peratus susulan kenaikan tarif ini.

“Oleh kerana margin keuntungan PKS sekarang ini adalah sangat tipis kerana kos input lain termasuk bahan mentah dan tenaga kerja juga telah naik secara mendadak, kita menjangkakan banyak PKS terpaksa menaikkan harga jualan mereka untuk mengimbangi kenaikan tarif ini,” katanya.

Sumber – Berita Harian



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button