Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula
Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula
Sebelum ini, pengerusi Perikatan Nasional (PN), Muhyiddin Yasin, dilihat sangat seronok apabila membuat tuduhan demi tuduhan terhadap pemimpin UMNO.
UMNO sudah rosak, UMNO parti kleptokrat, UMNO parti rasuah dan pelbagai tuduhan lagi dilemparkan terhadap pemimpin dan parti UMNO.
Muhyiddin juga pernah melempar fitnah ke atas mantan presiden UMNO, DS Najib dan presiden UMNO sekarang, DS Zahid.
Kononnya kedua mereka pernah merayu agar kes mereka digugurkan ketika Muhyiddin jadi perdana menteri.
Tetapi kononnya dengan alasan sebagai seorang yang berprinsip dan menentang amalan salah guna kuasa dan rasuah, permintaan itu ditolak.
Bagi penulis, Muhyiddin tidak lebih hanya sebagai seorang politikus yang sangat licik dalam melemparkan fitnah.
Dan beliau juga bijak mempengaruhi pendengar supaya mempercayainya.
Tetapi, seperti yang sering orang Bugis dan Jawa katakan, ‘what goes around, comes around’.
Kini waktunya sudah tiba untuk Muhyiddin pula akan dilihat sibuk turun naik mahkamah.
Bermula dengan saman fitnah perdana menteri, Anwar Ibrahim, ke atas Muhyiddin, beberapa kes dijangka akan menyusul.
Kes saman fitnah Anwar Ibrahim ke atas Muhyiddin, adalah berkenaan dakwaan Muhyiddin bahawa Anwar menerima bayaran RM15 juta sepanjang menjadi penasihat ekonomi Selangor.
Baca di sini:
https://www.malaysiakini.com/news/648761
Sebelum sibuk mengira tangga mahkamah, Muhyiddin juga dijangka akan sibuk turun naik bangunan SPRM.
Ianya berkaitan isu perbelanjaan lebih RM90 bilion ketika darurat.
Sudah pasti bukan sekali atau dua Muhyiddin akan menaiki lif menuju ke bilik soal siasat SPRM.
Selepas ini, kalau ada sesiapa yang keliru untuk menggunakan lif nombor berapa ke sesuatu destinasi di bangunan SPRM, Muhyiddin adalah orang yang tepat untuk dirujuk.
Jadi kepada Muhyiddin, sila duduk dan jangan lari.
Waktu Untuk Muhyiddin Turun Naik Mahkamah Sudah Bermula
Di Syorkan Untuk Anda:
- Putar Belit PN Dalam Isu Keabsahan Sokongan Kepada PM
- Gagal Dalam Usul Undi Percaya, PN Berpolitik Dengan Istilah Kerajaan Parpaduan
- Terbukti Anwar Memiliki Sokongan Majoriti Ahli Dewan Rakyat