Lelaki ditemukan maut di roda pesawat

Banjul: Seorang penumpang haram ditemukan maut di bahagian roda pesawat yang berlepas dari Gambia ke Britain.

Jurucakap Kerajaan Gambia, Ebrima G Sankareh mengesahkan lelaki berkulit hitam yang belum dikenal pasti identitinya itu ditemukan maut pada pesawat sebuah syarikat penerbangan Britain, TUI Airways.

Katanya, pesawat itu dijadualkan berlepas dari Banjul ke Lapangan Terbang Gatwick di London, pada 5 Disember lalu.



“Kerajaan Gambia menerima maklumat mengenai kejadian minggu ini daripada Polis Metropolitan di Sussex, England.

“Menurut maklumat, lelaki berkulit hitam yang maut ditemukan dalam ruang roda pesawat tanpa dokumen pengenalan diri yang menyukarkan proses menentukan nama, umur, kewarganegaraan atau jadual perjalanan.

“Identitinya masih belum dikenal pasti,” katanya.

Beliau berkata, pihak berkuasa Gambia sedang bekerjasama dengan polis Britain untuk menguruskan jasad lelaki itu.



“Mayat dibawa ke bilik mayat untuk ujian DNA dan siasatan sedang dijalankan,” katanya.

Sementara itu, Felo Kanan Pusat Dasar New South, Rida Lyammouri berkata, kejadian seumpama itu walaupun jarang berlaku menunjukkan betapa terdesaknya segelintir individu untuk berhijrah sehingga mengambil pendekatan berisiko.

Kejadian individu menumpang secara haram dari Afrika ke Eropah melalui pesawat dan kapal banyak berlaku sebelum ini.

November lalu, tiga penumpang dari Nigeria ditemukan selamat di atas kemudi kapal di Kepulauan Canary selepas melalui pelayaran laut selama 11 hari.



AP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button