Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar

 

Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar

Perseteruan antara Anwar Ibrahim dan Hamzah Zainuddin sudah ramai mengetahuinya.



Malah dikatakan, perseteruan antara Hamzah dan Anwar bukan setakat perseteruan dalam politik, tetapi ianya melibatkan perseteruan peribadi yang telah menjadi dendam.

Ucapan sulung Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di parlimen memberi gambaran jelas mengenai dendam kesumat beliau terhadap Anwar.

Hamzah menggunakan peluang itu untuk membuat serangan peribadi terhadap Anwar.

Namun begitu, apabila bekas bos beliau, Dr Mahathir sendiri mengesahkan perkara ini, maka apa yang selama ini dianggap sebagai khabar angin telah menjadi fakta.



Menurut Dr Mahathir, perjuangan Hamzah dalam dunia politik bukanlah perjuangan untuk rakyat dan negara.

Tetapi perjuangan Hamzah adalah perjuangan peribadi yang lebih kepada untuk melunaskan dendam peribadi beliau terhadap Anwar.

Dr Mahathir juga mendedahkan bagaimana Hamzah cuba mempengaruhi beliau agar turut terjebak sama dalam misi melunaskan dendam terhadap Anwar.



Tetapi dakwa Dr Mahathir, beliau tidak bersetuju kerana kononnya perjuangan beliau adalah berpaksikan perjuangan untuk rakyat dan negara.

Mungkin ada di kalangan pembaca yang tahu, apa sebabnya mengapa Hamzah terlalu berdendam terhadap Anwar.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/88240



Namun kerana tidak mempunyai bukti yang kukuh, penulis tidak menyatakannya di sini.

Bagi penulis, sama ada Dr Mahathir, mahu pun Hamzah, perjuangan kedua-dua mereka bukanlah atas perjuangan untuk rakyat dan negara.

Kedua-duanya mempunyai matlamat peribadi yang sama, cuma alasannya sahaja yang berbeza!!!

 



Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button