Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Keluarkan Hukum

Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Keluarkan Hukum

Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Keluarkan Hukum

Secara tiba-tiba, presiden PAS, Hadi Awang mengeluarkan hukum.

Menurut ‘mazhab Hadi Awang’, berdosa besar kepada umat Islam yang menunaikan ibadah haji atau umrah tetapi tidak mengundi dalam pilihanraya.



Asas kepada hukum baharu yang dikeluarkan mengikut fahaman ‘mazhab Hadi’, ialah mengundi merupakan jalan untuk membolehkan Islam kembali berkuasa.

Jadi, umat Islam yang tidak mengundi atas alasan menunaikan ibadah umrah atau haji adalah berdosa besar.

Baca di sini:

https://berita.pas.org.my/surat-terbuka-kepada-jemaah-haji-dan-umrah-yang-tidak-mengundi/



Hukum yang dikeluarkan oleh Hadi telah disanggah oleh banyak pihak, namun ianya telah dipertahankan oleh Dewan Ulamak PAS.

Bava di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/649057

Bagi penulis, hukum yang dikeluarkan oleh Hadi itu sangat jelas bermotifkan politik.



Ia adalah satu isyarat bahawa besar kemungkinan, pilihanraya negeri yang dikuasai PAS seperti Kelantan, Terengganu dan Kedah akan diadakan sekitar bulan April atau bulan Mei 2023.

Hukum tersebut sebenarnya bukan sahaja ditujukan kepada bakal jemaah haji atau umrah, tetapi juga kepada pengundi tempatan.

Mungkin kerana takut tidak mendapat sokongan pengundi tempatan, ia membuatkan Hadi terpaksa mengeluarkan hukum sebegitu.

Jangan lupa, kebanyakan kerusi yang dimenangi PAS dalam PRU 15 adalah hasil dari undi pengundi luar yang balik mengundi di kawasan masing-masing.



Dijangkakan ketika pilihanraya negeri nanti, besar kemungkinan mereka tidak akan balik untuk mengundi.

Tidak mungkin pilihanraya negeri akan diadakan pada bulan Januari atau pun Februari 2023 kerana kesan banjir masih lagi dirasakan rakyat.

Bulan Mac pula, semua umat Islam akan menyambut kedatangan Ramadhan dan pilihan yang ada ialah ianya diadakan selepas Hari Raya Aidilfitri.

Pengundi yang bermastautin di luar Kelantan, Terengganu dan Kedah tidak mungkin akan balik mengundi kerana baru balik dari bercuti Hari Raya.



Berilmu Bukan Jaminan Bertaqwa

Apa yang dikesalkan ialah bagaimana seorang yang berilmu seperti Hadi Awang sanggup memperdagangkan agama demi kepentingan politik.

Apakah Hadi mahu mengatakan hanya tanpa PAS, negara dan negeri Kelantan, Terengganu dan Kedah akan dikafirkan oleh pemimpin parti lain?

Kedah, Terengganu dan Kelantan pernah ditadbir oleh Barisan Nasional.

Apakah sepanjang pentadbiran Barisan Nasional di negeri-negeri tersebut, umat Islam di negeri itu menjadi kafir?



Atau adakah sepanjang pentadbiran Barisan Nasional di sana, umat Islam di negeri tersebut ditindas dan Islam tidak dipelihara.

Tetapi kalau kita melihat ke belakang, Hadi sememangnya dikenali sebagai manusia yang kerap mengeluarkan fatwa mengikut selera beliau sendiri.

Fatwa Hadi adalah bukti yang sangat jelas bagaimana Hadi menunggang agama untuk kepentingan politik.

Apakah Hadi masih tidak puas melihat suami isteri bercerai, anak dan ibu ayah tidak bertegur sapa, solat Jumaat dilakukan sebanyak 2 kali dalam mukim yang sama?

Tidakkah Hadi merasa berdosa atau bersalah melihat kemusnahan yang pernah berlaku gara-gara fatwa yang sesat.

Penulis akui Hadi Awang mempunyai ilmu yang tinggi dalam Islam, tetapi ianya bukan jaminan bahawa beliau adalah seorang yang taqwa.

Sepatutnya Hadi mesti mengeluarkan fatwa, apakah hukum seorang yang berilmu menerima duit rakyat tanpa melakukan apa-apa kerja.

Atau pun hukum seorang pemimpin yang meninggalkan rakyat pimpinannya ketika musibah berlaku.

Ingat, Islam adalah milik Allah SWT dan bukannya milik Hadi Awang, jangan mengeluarkan hukum mengikut selera sendiri.

 

Hadi Awang Perlu Cermin Diri Sendiri Sebelum Keluarkan Hukum

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button