Gangguan bekalan air di 472 kawasan Selangor

Kuala Lumpur: Loji Rawatan Air (LRA)

Sungai Semenyih Sg Semenyih) dan LRA Bukit Tampoi dihentikan tugas berikutan pencemaran bau yang dikesan di Stesen Pam Air Mentah Jenderam Hilir, Selangor.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, kedua-dua loji itu dihentikan tugas sementara bermula 2 pagi tadi.



Berikutan itu, 472 kawasan di lima wilayah Air Selangor iaitu Petaling (172 kawasan), Hulu Langat (54 kawasan), Sepang (196 kawasan), Putrajaya (23 kawasan) dan Kuala Langat (27 kawasan) mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula 7 pagi hari ini.

“Keutamaan diberikan kepada premis kritikal seperti hospital, klinik, pusat dialisis dan upacara pengebumian sepanjang tempoh gangguan bekalan air tidak berjadual ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini

Tambah Elina, Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan hal itu dari masa ke semasa menerusi semua medium khususnya media massa.

“Pengguna boleh merujuk kesemua saluran komunikasi rasmi kami seperti aplikasi Air Selangor, Facebook (Fb), Instagram(IG) dan Twitter atau hubungi Pusat Perhubungan Air Selangor di talian 15300.



“Pertanyaan dan aduan juga boleh diajukan di Help Centre yang boleh didapati di http://www.airselangor.com dan aplikasi Air Selangor,” katanya.

“Bantuan alternatif melalui lori tangki air akan digerakkan ke kawasanterjejas.

METRO




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading