Kalah undian, Hamzah wajar lepaskan jawatan

Episod memalukan berlaku dalam parlimen semalam apabila kerajaan kalah dalam undian belah bahagi 84-86 kepada pembangkang.

Ia berkaitan usul bagi melanjutkan penguatkuasaan subseksyen 4(5) Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) 2012 (Sosma).



Menteri Dalam Negeri, Hamzah Zainuddin merupakan individu yang bertanggungjawab mengemukakan usul tersebut ke Parlimen.

Perkara tersebut disahkan menerusi kenyataan rasmi Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Hj Abdullah Sani yang dikeluarkan semalam.

Selaku Menteri bertanggungjawab, Hamzah wajar memikirkan kedudukannya sebagai Menteri dan sebaiknya beliau mengambil tanggunjawab melepaskan jawatan berikutan kekalahan usul kerajaan dalam parlimen.



 

 

Dalam pada itu, ramai berpendapat MoU CSA antara Kerajaan dan Pembangkang sudah terbatal apabila pembangkang sendiri melanggar terma perjanjian.



KENYATAAN PRESIDEN UMNO

  • Merujuk kepada Memorandum Persefahaman antara pihak Kerajaan (Perikatan Nasional) dan pembangkang (Pakatan Harapan), Perkara 3 dengan jelas menegaskan bahawa pihak pembangkang hendaklah bersetuju, atau berkecuali, dalam apa-apa usul yang dibawa oleh Kerajaan

Adakah beliau gagal memberi notis kepada semua ahli parlimen kerajaan mengenai pembentangan usul berkenaan?

Banyak pihak mula menyuarakan kekhuatiran mereka dengan kegagalan semalam. Kebimbangan terhadap berlakunya pembebasan suspek keganasan yang boleh memberi impak negatif dalam isu keselamatan mula diperkatakan ramai.

Hamzah tidak boleh berdiam diri dan mengambil jalan mudah menuding kekalahan semalam kepada pihak lain. Beliau perlu tampil menjawap mengapa perkara yang sepatutnya diberikan keutamaan tetapi dipandang ringan oleh ahli parlimen kerajaan.



Hamzah yang dikatakan akan bertukar kerusi parlimen dalam PRU15 sudah boleh merangka plan persaraan beliau dari dunia politik selepas gagal melaksanakan tugas dengan baik. 

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button