Gajah ‘tanduk’ penjaga hingga mati di Lok Kawi

Taman Hidupan Liar Lok Kawi. - NSTP/RAFIQAH DAHALI
Gajah ‘tanduk’ penjaga hingga mati di Lok Kawi

Gajah ‘tanduk’ penjaga hingga mati di Lok Kawi

KOTA KINABALU: Seorang petugas Taman Hidupan Liar Lok Kawi, di sini, meninggal dunia selepas diserang gajah pygmy, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira jam 8 pagi itu, mangsa berusia 49 tahun yang sedang memberi rawatan kepada anak haiwan itu yang cedera di kandang pameran, ceeera parah bahagian dada dan perut sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim, berkata siasatan awal mendapati mangsa sedang menjalankan rutin memberi makan dan membersihkan haiwan itu apabila tiba-tiba diserang seekor gajah dewasa ketika dia sedang memberi rawatan kepada anak gajah yang cedera.



“Akibat serangan itu, mangsa parah di bahagian dada serta perut dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai kesihatan,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Haris berkata, mayat mangsa dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik Hospital Queen Elizabeth I (HQE I) untuk tindakan selanjutnya.

“Siasatan masih diteruskan dan kes diklasifikasikan sebagai laporan mati mengejut,” katanya.

Dalam pada itu, Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah, Datuk Jafry Ariffin yang dihubungi, berkata pihaknya masih menunggu laporan penuh daripada jabatan berkaitan berhubung insiden berkenaan.



Pengarah Jabatan Hidupan Liar (JHL) Sabah, Augustine Tuuga, pula memaklumkan kejadian masih dalam siasatan pihak polis.

“Saya tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berhubung kejadian berkenaan ketika ini,” katanya.

 

Gajah ‘tanduk’ penjaga hingga mati di Lok Kawi


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Saksi Pendakwa Kes Shahrir Samad Dedahkan Kepada Mahkamah Tentang Campurtangan Politik Di SPRM Dan Jabatan Peguam Negara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button