Monyet ‘nakal’ campak beg pelancong berisi wang tunai RM6,384 jatuh tebing
Monyet ‘nakal’ campak beg pelancong berisi wang tunai RM6,384 jatuh tebing
BANGKOK: Seekor monyet mencetus masalah di wilayah Srisaket di timur laut Thailand apabila mencuri beg seorang pelancong berisi wang tunai 50,000 baht (RM6,384) dan mencampakkannya ke tepi kawasan tebing yang tinggi kelmarin.
Renjer hutan di Taman Negara Khao Phra Wihan menerima panggilan daripada seorang wanita Thailand berusia 55 tahun, melaporkan kehilangan beg tersebut.
Wanita itu berkata, seekor monyet liar menarik begnya dan menggeledahnya sebelum membuangnya ke kawasan tebing Pha Mor E-Daeng kerana kecewa tidak menemui sebarang makanan di dalam beg itu.
Lapor thethaiger, pasukan renjer hutan yang prihatin turun ke bawah tebing mencari beg berharga itu malah menyiarkan secara langsung misi tersebut di Facebook untuk memastikan ketelusan menyeluruh memandangkan terdapat sejumlah wang, barang berharga dan dokumen penting di dalam beg itu.
Selepas turun lebih 100 meter, beg yang mengandungi wang tunai dan semua barang berharga itu ditemui dan dikembalikan kepada pemiliknya.
Namun pasukan renjer berkenan turut terkejut apabila mereka menemukan banyak barang berharga lain di dasar tebing, disyaki dicuri dan dilemparkan oleh monyet-monyet berkenaan.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Mahathir Dedahkan Dendam Hamzah Terhadap Anwar
- Dilema Parti PEJUANG , Bubar atau sujud kepada PH atau PN
- Parti PEJUANG dijangka bubar 2023
Renjer tersebut mengumpulkan kesemua barang-barang itu dan akan berusaha untuk memulangkan semula kepada pemiliknya.
Ketua Taman Negara Khao Phra Wihan memaklumkan monyet liar di kawasan itu agresif dan sentiasa merampas barangan daripada pelancong untuk mencari makanan.
Renjer taman turut menasihatkan pelancong supaya sentiasa berwaspada dan mengelak memberi makan kepada monyet
Monyet ‘nakal’ campak beg pelancong berisi wang tunai RM6,384 jatuh tebing
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Jumlah dividen ASB semakin tidak menarik sejak ketiadaan Bossku.
- UMNO tidak perlu ulang silap lama
- Musuh UMNO pasti kecewa jika jawatan “Top 2” tidak dipertandingkan.