Penyamun bergelar ‘Petong’ ditangkap polis buat kali ke-19

Penyamun bergelar 'Petong' ditangkap polis buat kali ke-19
Kereta sewa dan wang tunai disyaki digunakan Petong dalam jenayah pecah rumah. – IHSAN POLIS

Penyamun bergelar ‘Petong’ ditangkap polis buat kali ke-19

MELAKA: Lelaki penyamun bergelar ‘Petong’ ditangkap polis buat kali ke-19 semalam, selepas dipercayai aktif melakukan pecah rumah di sekitar Ayer Keroh, di sini.

Lelaki berusia 42 tahun itu dicekup sepasukan polis di kawasan Limbongan, di sini, kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit, berkata dalam kejadian terbaru Jumaat lalu, suspek dipercayai melakukan pecah rumah membabitkan kerugian kira-kira RM50,000.



Beliau berkata, susulan daripada laporan diterima, polis melancarkan usaha menjejaki suspek dan berhasil apabila penganggur berkenaan berjaya ditahan di sebuah rumah semalam.

“Turut dirampas bersama suspek adalah hasil pecah rumah, antaranya sebuah beg golf, wang berjumlah kira-kira RM2,190 dan resit jualan barangan kemas berjumlah RM5,351,” katanya.

Menurut beliau, siasatan lanjut mendapati modus operandi suspek adalah bergerak solo dan menyasarkan rumah mewah sekitar Ayer Keroh untuk melakukan jenayah.

“Malah suspek juga dikatakan menggunakan kenderaan sewa bagi menyukarkan dikesan polis. Semakan mendapati sejak 2020 hingga 2022, dia sudah ditahan sebanyak 18 kali dan sudah dituduh dengan 23 pertuduhan, malah perbicaraan di mahkamah membabitkan kes itu belum selesai,” katanya.



Christopher berkata, suspek kini direman sehingga esok untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan dijalankan.

Penyamun bergelar ‘Petong’ ditangkap polis buat kali ke-19

 



DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button