Tikam Bekas Teman Lelaki Guna Gunting Sebanyak 19 Kali

Wanita Ingatkan Sedang Bermimpi

Seorang wanita menikam bekas teman lelakinya berkali-kali dan menyatakan dirinya dalam keadaan tidak sedar.

19 kali tikaman

Menerusi laporan Daily Star, seorang wanita yang bernama Morgan Lund bertindak menikam bekas teman lelakinya sebanyak 19 kali menggunakan gunting.  Morgan memaklumkan dirinya sedang ‘bermimpi’ ketika melakukan hal tersebut.

Walau bagaimanapun, Morgan Lund, 21, akui tidak bersalah dan mempunyai masalah kesihatan mental.



Dokumen mahkamah mengeluarkan kenyataan bahawa suspek mengalami masalah ingatan.

Morgan mempunyai ingatan yang terganggu tentang sesuatu yang mungkin mimpi, atau imaginasinya, tetapi suspek fikir menjerit kepada anak perempuan mereka.

Morgan menyatakan dia melihat figura gelap yang menyerang mangsa. Tambahnya, dia melihat figura itu yang dikatakan sebagai halusinasi selama enam bulan.

Difahamkan, kejadian terjadi semasa bekas teman lelakinya itu sedang tidur.



Susulan daripada itu, mangsa berjaya diselamatkan manakala Morgan, bakal menjalani penilaian psikiatri dan ditahan buat masa sekarang atas tuduhan cubaan membunuh dengan sengaja tahap pertama.

Sumber: Daily Star


Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading