7 maut akibat Taufan Biparjoy

7 maut akibat Taufan Biparjoy

7 maut akibat Taufan Biparjoy
Seorang lelaki berjalan dari pinggir laut ketika ombak tinggi melanda pantai di Mumbai ketika Taufan Biparjoy merentasi Laut Arab menuju ke garis pantai India dan Pakistan. – Foto AFP

AHMEDABAD: Empat kanak-kanak lelaki lemas akibat terperangkap di lautan bergelora di luar hab kewangan India barat Mumbai hari ini, ketika India dan Pakistan memulakan operasi pemindahan penduduk daripada kawasan pantai, dua hari sebelum taufan dijangka melanda.

Taufan Biparjoy yang diklasifikasikan sebagai ribut siklon sangat teruk dijangka melanda petang Khamis antara Mandvi di wilayah Gujerat India dan Karachi di selatan Pakistan.

Pakar meteorologi meramalkan kelajuan angin pada tahap maksimum berkekalan kira-kira 125 hingga 135 kilometer (km) sejam turut mengakibatkan ombak bergelora hingga 150km sejam.



“Setakat ini, kami sudah menemui dua mayat dan pencarian masih diteruskan untuk mengesan dua yang lain,” kata seorang pegawai polis di Mumbai, selatan Gujarat.

Susulan itu, aktiviti memancing ditangguhkan sehingga Jumaat dan sekolah mengisytiharkan cuti.

Gujarat adalah lokasi bagi kebanyakan pemasangan minyak luar pesisir dan pelabuhan utama di negara ini dan kebanyakannya terpaksa menggantung operasi.

Taufan yang melanda pada 1998 membunuh sekurang-kurangnya 4,000 orang dan menyebabkan kerosakan bernilai ratusan juta dolar di Gujerat.

Pesuruhjaya Bantuan, Alok Kumar Pandey, berkata lebih 20,500 orang sudah dipindahkan dari daerah pantai dan pemindahan itu dijangka selesai menjelang petang tadi.



Di negara jiran Pakistan, tentera separa tentera dan pihak berkuasa awam tempatan juga mula memindahkan penduduk ke tempat perlindungan dan kem bantuan yang didirikan di sekolah dan di bangunan kerajaan lain, kata Menteri Perubahan Iklim, Sherry Rehman.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS


Tambahnya, kapal dan bot dipindahkan dari beberapa kawasan di pantai Pakistan manakala hospital di wilayah itu diletakkan pada waspada tinggi.



Kira-kira 100,000 orang akan dipindahkan menjelang pagi esok, kata Pengerusi Pihak Berkuasa Pengurusan Bencana Kebangsaan Pakistan.

Dua pelabuhan terbesar India, Kandla dan Mundra, menggantung operasi, kata kerajaan negeri.

Pelabuhan lain, termasuk Bedi, Navlakhi, Porbandar, Okha, Pipavav dan Bhavnagar, juga ditutup akibat taufan, menurut sumber perkapalan.

Reliance Industries, yang mengendalikan kompleks penapisan terbesar di dunia di Jamnagar di Gujarat, mengisytiharkan sebagai’ force majeure’, menggantung eksport diesel dan produk minyak lain dari pelabuhan Sikka di Gujarat, menurut ahli dagang.



Perniagaan pelabuhan konglomerat Adani, Pelabuhan Adani, berkata pihaknya semalam menggantung operasi kapal di Mundra, pelabuhan komersial terbesar India yang mempunyai terminal import arang batu terbesar di negara itu dan juga di pelabuhan Tuna berhampiran Kandla.

Pengawal Pantai India, berkata pihaknya memindahkan 50 kakitangan dari pelantar minyak ‘jack-up’ di luar pantai Gujarat bernama Key Singapore, yang dimiliki oleh Shelf Drilling yang berpangkalan di Dubai dan kini berkhidmat untuk Cairn Oil & Gas (Vedanta Ltd), menurut laman sesawang Shelf Drilling’s. – REUTERS

 

7 maut akibat Taufan Biparjoy

 




DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Satu Lagi Tanah Rakyat Terengganu Kena Sakau Dengan PAS

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button