Ribut petir di beberapa negeri hingga malam ini
KUALA LUMPUR: Ribut petir dijangka melanda satu dua tempat membabitkan sembilan negeri petang ini.
Ia membabitkan Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Sarawak dan Sabah.
Berdasarkan maklumat dikongsi di laman Facebook Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) yang keluarkan oleh Jabatan Meteorologi (METMalaysia), pada pagi ini ribut petir melanda beberapa tempat di Sabah membabitkan Kudat dan Pantai Barat.
Pagi ini dua negeri dijangka hujan termasuk kawasan pantai di Selangor dan serta di Sabah membabitkan Labuan, pedalaman dan Sandakan.
Di Sarawak ribut petir dijangka berlaku di Kuching, Samarahan, Betong, Sarikei, Sibu dan Mukah.
Di Sabah pula membabitkan di Pedalaman, Pantai Barat, Tawau, Sandakan, Kudat dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Hujan juga bakal berlaku di satu dua tempat di Kedah dan Perak pada petang ini manakala di Pulau Pinang keadaan dijangka berangin.
Tiada hujan dilaporkan di Perlis, Kelantan dan Terengganu.
Pada sebelah malam pula, ribut petir dijangka melanda satu dua tempat di Sabah iaitu di Pedalaman, Pantai Barat, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Enam negeri dijangka hujan pada malam ini iaitu di Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor manakala di Sarawak membabitkan Miri serta Limbang.
Pada keesokan hari, Sabah dijangka mengalami ribut petir di beberapa kawasan dari pagi sehingga petang.
Pada sebelah petang, ribut petang dijangka melanda Pahang, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.
Di Sabah ribut petir dijangka melanda beberapa tempat di Pantai Barat, Kudat, Pedalaman, Tawau, Sandakan dan Wilayah Persekutuan Labuan.
BHOnline