Niat Nak Beritahu Pasal Majlis Kecil-Kecilan

Abang Viva Bergurau Isu ‘Sponsor’



Sebelum ini, sukarelawan popular iaitu Azwan Omar atau lebih mesra disapa Abang Viva memberitahu dia bakal mengadakan majlis resepsi pada 31 Disember ini.

Jangan besarkan isu itu

Bagaimanapun, gurauan ‘kalau ada nak sponsor dialu-alukan sangat’ telah mengundang kecaman dalam kalangan pengguna media sosial.

Tampil menjelaskan isu yang hangat diperkatakan, Abang Viva menyatakan itu sekadar gurauan sahaja. Katanya, hantaran itu dibuat semata untuk mewar-warkan tentang majlis yang akan diadakan secara kecil-kecilan.

Pertama saya minta maaf pasal hantaran saya yang lepas iaitu berkenaan isu tajaan (sponsor). Kalau tengok betul-betul, itu saya buat gurauan.

Minta semua jangan besarkan isu itu. Niat saya hanya la untuk memberitahu kepada semua tentang majlis yang akan diadakan.

Dalam pada itu, Abang Viva berkata sekiranya dia inginkan tajaan, sudah lama dihebahkan kepada umum.



Kalau diikutkan tinggal berapa hari saja lagi. Jika betul saya nak sponsor, saya dah update sebulan lepas.

Maaf sekali lagi atas salah faham semua.

Sumber: Facebook Azwan Omar



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker