UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
Tidak ada siapa dapat menafikan kenyataan bahawa dalam PRU 15, UMNO/BN mengalami kekalahan yang paling buruk dalam sejarah parti tersebut.
Cuma memenangi 30 kerusi parlimen adalah satu pencapaian yang bukan sahaja memeranjatkan pemimpin UMNO/BN, tetapi juga keseluruhan rakyat Malaysia.
Tidak pernah berlaku dalam sejarah politik negara, satu parti yang telah memerintah lebih dari 6 dekad dan adakalanya mendapati 2/3 majoriti cuma mampu menang 30 kerusi parlimen.
Namun begitu, realiti yang terbentang di hadapan mata, kekalahan UMNO/BN dalam PRU 15 bukanlah kekalahan mutlak.
Walau pun hanya berbekalkan 30 kerusi parlimen, UMNO/BN kini menjadi komponen penting dalam pembentuka Kerajaan Perpaduan.
Malah, presiden UMNO, DS Zahid Hamidi dilantik sebagai timbalan perdana menteri dan beberapa pemimpin UMNO dilantik sebagai menteri dan timbalan menteri.
Manakala Perikatan Nasional yang bersorak gembira pula menerima nasib ibarat menang sorak tapi kampung tergadai.
Memenangi 74 kerusi parlimen, hampir 150% kerusi melebihi UMNO/BN, tetapi Perikatan Nasional hanya mampu menjadi pembangkang.
Tidak perlu salahkan pihak lain, kerana secara jelas, ia adalah kesalahan akibat keangkuhan pemimpin utama Perikatan Nasional, Muhyiddin Yasin.
UMNO Terbuang Tetapi Tetap Di Sayang
Walau pun tewas dalam PRU 15, pemilihan UMNO tetap menjadi penentu aras kepada kestabilan politik negara.
Musuh UMNO dari dalam dan dari luar, masih lagi menggerakkan bidak catur mereka supaya kepimpinan UMNO dapat diatur mengikut selera mereka.
Kalau itu dapat dilaksanakan, maka kedudukan Kerajaan Perpaduan akan menjadi goyah.
Dan Perikatan Nasional akan menyusun langkah seterusnya untuk menumbangkan bukan sahaja Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, malah Kerajaan Perpaduan.
Pakar ekonomi meramalkan, sekiranya kerajaan yang dapat dibentuk selepas PRU 15, maka ekonomi Malaysia akan mendapat kesan yang positif.
Tetapi selepas sebulan PRU 15 berlalu dan Kerajaan Perpaduan ditubuhkan, indikasi pemulihan ekonomi masih lagi kabur.
Bukan kerana Kerajaan Perpaduan hanya memiliki majoriti yang tipis, tetapi, pelabur masih lagi menunggu keputusan pemilihan UMNO.
Sekiranya kepimpinan UMNO yang ada sekarang dapat dikekalkan, maka politik Malaysia akan kembali stabil dan seterusnya mampu memacu pemulihan ekonomi.
Tetapi sekiranya kepimpinan UMNO yang ada sekarang ditukar, maka Malaysia akan sekali lagi berhadapan dengan krisis politik.
Kerajaan baharu yang bakal ditubuhkan adalah sebuah kerajaan yang rapuh kerana mempunyai majoriti yang tipis.
Begitulahn UMNO, walau pun dilihat terbuang dalam PRU 15, namun tetap disayang.
UMNO Kalah Dalam PRU 15 Tapi Pemilihan UMNO Menjadi Perhatian
Di Syorkan Untuk Anda:
- Perlukah Zahid Di Kekalkan Sebagai Presiden UMNO?
- Perlukah Jawatan Presiden Dan Timbalan Presiden UMNO Di Pertandingkan?
- Mengapa Masih Tiada Tindakan Ke Atas Saki Baki Pengkhianat UMNO?