Mbappe muncul wira, Neymar dibuang padang

PARIS: Kylian Mbappe menyempurnakan penalti dalam masa kecederaan untuk kemenangan 2-1 Paris Saint-Germain ke atas Strasbourg, manakala Neymar dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua.

Mbappe mengakui dia cuba melupakan episod duka di final Piala Dunia, di mana dia meledak hatrik tetapi tewas pada penentuan penalti kepada Argentina.

Neymar pula dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana cuba mendapatkan penalti dengan simulasi yang dapat dikesan pengadil.



Kapten Marquinhos meletakkan pelawat di depan menerusi tandukan tetapi pertahanan Brazil itu menjaringkan gol sendiri pada minit ke-51 untuk kembali menyamakan kedudukan.

Neymar yang masih dibayangi kekecewaan tersingkir di suku akhir Piala Dunia bersama Brazil, menerima kad kuning pertama kerana mengasari pemain Strasbourg, dan dia dilayangkan kad kuning kedua serta diarah keluar padang selepas merebahkan diri untuk mendapatkan penalti.

Bagaimanapun Mbappe berjaya mendapatkan penalti dalam masa kecederaan dan menyempurnakannya untuk gol kemenangan pada minit ke-96.



“Saya rasa saya tidak akan dapat melupakannya (Piala Dunia). Namun seperti yang saya katakan kepada rakan sepasukan, tidak ada sebab mengapa kelab perlu menerima akibat di atas kegagalan pasukan kebangsaan, ia dua situasi berbeza,” kata Mbappe.

Bintang Argentina, Lionel Messi masih belum kembali bersama pasukan selepas kejayaan di Piala Dunia.

Kemenangan itu meletakkan PSG lapan mata di depan Lens.

AFP




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading