Covid-19: Singapura tidak ubah peraturan kepada pengembara dari China

Covid-19: Singapura tidak ubah peraturan kepada pengembara dari China

Covid-19: Singapura tidak ubah peraturan kepada pengembara dari China
SINGAPURA tidak mengenakan peraturan baharu kepada pengembara China yang ingin memasuki republik itu. – AFP

SINGAPURA: Republik ini tidak akan mengenakan sebarang perubahan peraturan kemasukan terhadap pengembara dari China, termasuk mereka yang memegang pas kerja.

Perkara itu dimaklumkan oleh Kementerian Kesihatan Singapura menerusi kenyataan.

“Sehingga kini, peraturan sempadan semasa dan keperluan vaksinasi untuk pengembara dan pemegang pas kerja yang tiba dari China tidak akan berubah.



“Biarpun kerajaan China sudah membenarkan rakyatnya bercuti ke luar negara, namun mereka masih tertakluk kepada peraturan terdahulu, iaitu perlu mendapatkan dua dos suntikan vaksin Covid-19 dan melakukan ujian saringan 48 jam sebelum pelepasan,” jelas kementerian tersebut.

Selain itu, pengembara jangka pendek perlu membeli insurans untuk perbelanjaan perubatan berkaitan Covid-19.

Kenyataan itu dibuat sebagai reaksi terhadap tindakan beberapa negara, termasuk Jepun, Malaysia dan Amerika Syarikat (AS) yang mengenakan peraturan terhadap pengembara dari China sebagai langkah berjaga-jaga berikutan peningkatan kes jangkitan di negara tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pada awal bulan ini, China mengumumkan kelonggaran kebanyakan peraturan Covid-19 di seluruh negara, termasuk tiada lagi perintah berkurung, ujian saringan setiap hari dan dibenarkan ke luar negara.



Dalam perkembangan berkaitan, situasi di China dilaporkan semakin meruncing apabila pihak berkuasa kesihatan negara itu mengarahkan doktor yang dijangkiti Covid-19 masih perlu berkhidmat.

Arahan itu dikeluarkan selepas semakin banyak penduduk dijangkiti Covid-19 menyerbu hospital di seluruh negara bagi mendapatkan rawatan.

Berdasarkan tinjauan AFP di dua hospital di Tianjin, kebanyakannya dipenuhi dengan warga emas yang disyaki positif Covid-19.

Menurut seorang pesakit, dia terpaksa menunggu sekurang-kurangnya empat jam atau lebih untuk berjumpa dengan doktor.



Selain itu, tindakan Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC) yang tidak lagi mengeluarkan jumlah kes jangkitan dan kematian akibat Covid-19 menyukarkan lagi pelbagai pihak mengesan penularan koronavirus di negara itu. – AFP/AGENSI

Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat

Covid-19: Singapura tidak ubah peraturan kepada pengembara dari China


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Isu Menara KL: SPRM Panggil 3 Saksi Untuk Di Siasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button