Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu

Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu

Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu

DYMM Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin, telah menitahkan supaya ahli politik dilarang untuk mengadakan kuliah dan ceramah di semua masjid dan surau di Terengganu.

Titah baginda itu disampaikan oleh Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (MAIDAM), Datuk Shaikh Harun Shaikh Ismail.

Menurut Shaikh Harun, larangan bertujuan memastikan masjid dan surau tidak disalah guna, selain mengelak pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian.



Beliau menambah pengecualian diberikan kepada pemegang tauliah mengajar serta individu yang memiliki kebenaran daripada MAIDAM.

“Masjid dan surau tidak boleh sesekali disalahgunakan bagi tujuan yang boleh menimbulkan kegelisahan serta perselisihan di kalangan masyarakat”.

“Ini termasuk menggunakan masjid dan surau bagi melaksanakan apa-apa aktiviti atau program yang pengisiannya bercampur aduk dengan unsur politik kepartian,” jelas beliau.

Baca di sini:



https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2023/03/1071837/ahli-politik-dilarang-beri-kuliah-ceramah-di-masjid-surau-seluruh

Hadi Awang Teruskan Keangkuhan Dengan Memutarbelit Dalil Baharu

Amat dikesali, titah baginda Sultan Terengganu itu telah disanggah dengan angkuhnya oleh Hadi Awang.

Dalam satu kenyataan, beliau mengatakan tidak salah bercakap mengenai politik di dalam masjid, malah hukumnya adalah wajib!!!

Beliau memberikan contoh Rasulullah SAW sendiri pernah bercakap mengenai politik di dalam masjid.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2023/03/04/tak-salah-wajib-cakap-politik-islam-di-masjid-kata-hadi/

Penulis bersetuju bahawa Rasulullah SAW memang pernah bercakap mengenai politik Islam di dalam masjid semasa pemerintahan baginda.

Tetapi apa yang dikatakan oleh Rasulullah SAW adalah perkara yang berasaskan hukum dan berpaksikan kepada kebenaran.

Tidak pernah baginda Rasulullah SAW atau pun sahabat baginda menggunakan masjid sebagai tempat untuk menabur fitnah yang menimbulkan perpecahan ummah.

Apa lagi menggunakan masjid sebagai tempat untuk mengagihkan duit rasuah kepada pengundi!!!

Sudah pasti apabila Sultan Terengganu mengeluarkan titah, baginda sudah mendapat maklumat yang disertakan dengan bukti yang sahih.

Tujuan baginda adalah supaya masjid tidak disalahgunakan oleh pihak tertentu untuk kepentingan politik yang boleh memecahbelahkan ummah.

Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu

Kepada rakyat Terengganu, renungkanlah kata-kata Syekh Abdul Qadir Jailani di atas.

Keimanan ulamak tidak terletak pada ilmunya tetapi pada akhlaknya.

 

Hadi Awang Derhaka Kepada Titah DYMM Sultan Terengganu

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker