Siapa akan cabar Zahid sebagai Presiden?

Oleh – Bakhtiar Omar


Siapa akan cabar Zahid sebagai Presiden?

Kedudukan Zahid Hamidi selaku Presiden Umno bukan satu keistimewaan buat beliau sepanjang memegang amanah serta tanggungjawab parti.



Gelora mendepani cabaran selaku Presiden tanpa kuasa merupakan pembelajran paling mahal yang dirasai Zahid sebagai orang nombor 1 parti.

Dilanda kontroversi sehingga terpaksa mengambil cuti dari melaksanakan tugas juga antara ‘bala’ yang diterima Zahid. Malah, pertuduhan terpilih menjadi galang ganti keengganan membubarkan Umno sehingga digelar sebagai ‘kluster Mahkamah’.

Namun, sebagai manusia biasa, kelemahan tetap ada dan seringkali menerima kelemahan tersebut sebagai cabaran untuk diperbaiki demi parti.

Cuma beza hari ini dan 4 tahun yang lepas, Zahid kembali ke kedudukan asal sebelum BN kalah PRU14, yakni Timbalan Perdana Menteri.



Siapa sangka, sebalik kekalahan teruk BN yang hanya berbekalkan 30 kerusi, Zahid dilantik sebagai sebahagian dari kabinet Kerajaan Perpaduan, malah pandangan semua rakyat tertumpu kepada jawatan yang disandangnya sekarang.

Kini, cabaran yang lebih getir bakal menyusul Zahid walau nampaknya beliau selesa. Jawatan Presiden Umno akan dipertandingkan dan pastinya melihat kepada keadaan semasa, Zahid bukanlah calon pilihan ramai selepas imej beliau di’bunuh’ oleh ‘Broker’ yang tidak dapat meneruskan agenda mereka terdahulu.

SENARAI NAMA YANG DIKATAKAN BAKAL MENCABAR ZAHID

Siapa akan cabar Zahid sebagai Presiden?

Apa yang perlu diambil kira sekarang, siapa akan mencabar Zahid untuk jawatan Presiden Umno dalam pemilihan?



Spekulasi politik tidak dapat dielakkan dari diperkatakan ahli Umno itu sendiri. Pandangan serta kritikan pro dan kontra berkaitan Zahid serta kemampuan beliau perlu difikirkan.

Samada bersedia atau tidak, Zahid sendiri perlu akur dengan demokrasi yang telah diamalkan dalam Umno.

Dalam radar ahli Umno, ada 3 nama besar dikatakan mampu memberi cabaran terhadap Zahid. Ismail Sabri, Hishamuddin Hussein dan Khairy Jamaluddin antara nama yang bermain dalam ‘kedai kopi’ politik tanahair.

Namun demikian, sehingga hari ini, mereka masih membisu dan tidak memberi sebarang respon samada akan mencabar jawatan Presiden Umno atau tidak. 



Samada mereka tidak berani mengisytiharkan awal atau ada perbincangan menang-menang bagi membolehkan persaingan yang benar-benar sengit diadakan.

 

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button