Tom akhirnya dapat jumpa anak sulung
Lama tanggung rindu, janggal pertama kali keluar bersama
“Syukur bekas suami, isterinya serta keluarga bekas mentua memberi izin untuk saya berjumpa Adam. Sebelum ini hubungan kami bermasalah dan memang tidak dapat bertemu anak.
“Mestilah saya sangat gembira. Sudah lama pendam rindu dan akhirnya kami bertemu. Tapi agak kekok sedikit sebab anak saya dah remaja. Saya pun tak tahu macam mana nak layan anak pada umur begitu,” katanya kepada mStar.
Tom memberitahu sempat berjumpa anaknya itu beberapa kali ketika dia membuat persembahan di Johor Bharu sepanjang bulan Disember ini.
Kata Tom dia mula berhubung dengan Adam melalui pesanan mesej di WhatsApp sejak awal pembabitan dalam program Gegar Vaganza musim ke-9 (GV9) baru-baru ini.
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Shahril Hamdan Cadang UMNO Tubuh Unit Penyelidikan
- BN akan jadi ‘tawanan perang’ jika bersama PN
- Pemilihan Umno, Anwar sokong siapa?
Tom juga berharap dia dapat membawa Adam untuk tinggal bersama dua lagi anaknya di Kuala Lumpur suatu hari nanti.
“Saya sudah lama ada nombor telefonnya namun dia tidak pernah balas mesej. Hanya bluetick sahaja. Kemudian pada hari pengenalan peserta GV9 dia mesej ucap good luck dan beritahu akan menonton persembahan saya.
“Walaupun saya selalu hantar mesej namun dia lambat balas. Malah nak minta video call pun dia malu. Pernah sekali dia hantar voice note, saya terkejut mendengar suara seperti lelaki dewasa.
Sekarang ini orang sibuk bercerita tentang saya, jadi tak mahulah Adam terkait sama. Sebab itu saya tak mahu kongsikan wajahnya
TOM
PENYANYI
“Semoga kami dapat berjumpa lagi dan mungkin selepas ini dia boleh ikut saya tinggal di KL,” ujarnya.
Tom sebelum itu berkongsi beberapa gambar pertemuan bersama Adam di laman Instagram miliknya.
Dia bagaimanapun menutup wajah anaknya itu kerana mahu menjaga privasi selain enggan orang ramai mengaitkan Adam dengan kisah cintanya dengan penyanyi Fuad Rahman.
“Sekarang ini orang sibuk bercerita tentang saya, jadi tak mahulah Adam terkait sama. Sebab itu saya tak mahu kongsikan wajahnya.
“Adam bagaimanapun menerima baik saya dan anak-anak yang lain. Dia juga selesa bersama Fuad,” jelasnya.
Tom pertama kali mendirikan rumah tangga pada usia 21 tahun dan sejak itu dia sudah berkahwin dengan tiga orang lelaki dalam tempoh lapan tahun.
Hasil daripada kesemua perkahwinan tersebut, Tom memiliki tiga orang cahaya mata, namun hanya dua orang anak hasil perkahwinan ketiga sahaja di bawah jagaannya.
Adam merupakan anak hasil perkahwinan dengan suami pertama.
Tom akhirnya dapat jumpa anak sulung
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Pemilihan Parti UMNO : Platform untuk Kluster Broker rampas kuasa kepimpinan.
- KJ direstui Anwar untuk lawan Zahid?
- Apa Status Siasatan Kes Nazlan Dan Tommy Thomas?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :