Nak Bebaskan Anak Dari Lampin Pakai Buang?

Ini Tips 3 Hari Latihan ‘Potty’ Si Kecil

Bukan mudah untuk memisahkan si kecil dari menggunakan lampin pakai buang. Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan latihan tandas atau ‘potty training’ yang sewajarnya.

Selain persediaan diri sebagai ibu bapa, anak juga perlu dipastikan sudah bersedia untuk menjalani proses perubahan ini. Latihan 3 hari potty perlu kerap diulangi bagi memastikan anak membiasakan diri seperti dicadangkan Public Health Malaysia di bawah. Jom ikuti tips ini.

TEKNIK LATIHAN POTTY 3 HARI!

Bukan mudah untuk memisahkan si kecil dari menggunakan lampin pakai buang. Disebabkan itu, mereka perlu mendapatkan latihan tandas atau ‘potty training’ yang sewajarnya.



Selain persediaan diri sebagai ibu bapa, anak juga perlu dipastikan sudah bersedia untuk menjalani proses perubahan ini. Latihan 3 hari potty perlu kerap diulangi bagi memastikan anak membiasakan diri seperti dicadangkan Public Health Malaysia di bawah. Jom ikuti tips ini.

Baca juga: Doktor Larang Dongakkan Kepala Anak Sekiranya Hidung Berdarah, Ini Langkah Sewajarnya!

TEKNIK LATIHAN POTTY 3 HARI!

Gelisah memikirkan.



Lampin pakai buang tidak lagi mampu menampung kencing anak saya yang banyak. Selalu bocor. Saiz lampin pun dah paling besar. Saya ingat nak potty train anak. Beli second-hand je. Dah habis latihan saya jual. Jimat pun nanti.

Ingin pisahkan anak daripada lampin pakai buang? Tidak tahu bila? Tiada umur tetap untuk kita mulakan. Tapi bagaimana ingin kita tahu anak dan kita bersedia?

Jom ikuti tips tiga hari latihan potty. Semoga berjaya.

*Tips ini tidak bermaksud anda berjaya terus selepas tiga hari. Anda perlu membiasakan atau mengulangi jika perlu. Ingat, kesabaran ibu dan ayah adalah paling penting dalam latihan ini. Jika tidak sabar maksudnya anda belum bersedia.



CARA MENGETAHUI BILA ANAK DAH BERSEDIA

1. Anak boleh duduk dan bangun di kerusi potty tanpa bantuan.

2. Boleh kawal, tidak kencing dan lampin kering sekurang-kurangnya dua jam.

3. Anak boleh ikut arahan asas.

4. Boleh tanggal lampin sendiri.



5. Anak boleh cakap bila untuk pergi tandas.

ADAKAH ANDA SEBAGAI IBU BAPA JUGA BERSEDIA MELAKUKAN INI?

1. Letak beberapa potty di beberapa tempat seperti di ruang tamu, dapur dan bilik.

2. Sediakn diaper dan baju salin di tempat yang mudah dicapai.



3. Suhu rumah pastikan tidak sejuk.

INI MERUPAKAN TIPS 3 HARI LATIHAN POTTY

HARI PERTAMA

  • Bogelkan anak.
  • Minum air banyak.
  • Demo pada anak.
  • Bagi semangat atau ganjaran setiap kali berjaya.
  • Sebelum tidur cuba satu kali.

HARI KEDUA (BERADA DI LUAR RUMAH)

  • Teruskan tidak memakai lampin tapi memakai baju.
  • Ajak keluar dan berjalan.
  • Berikan keyakinan di luar.
  • Jangan marah jika terbuang di luar rumah.
  • Pulang dan latih seperti semalam.

HARI KETIGA

  • Bawa keluar rumah sebanyak dua kali iaitu pagi dan petang.
  • Ulangi latihan potty bila berada di rumah.



Sumber: Facebook Public Health Malaysia

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button