Liverpool boleh fokus EPL, Liga Europa

Oleh – Syeikh Baran


Liverpool boleh fokus EPL, Liga Europa
Elliott (kanan) tetap positif selepas kekalahan kepada United dalam saingan Piala FA. Foto AFP

PEMAIN tengah Liverpool, Harvey Elliott percaya pasukan itu akan mendapat manfaat terutama dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) dan di Liga Europa selepas tersingkir daripada saingan Piala FA kepada Manchester United.

Pemain berusia 20 tahun itu tetap positif dengan kekalahan 3-4 kepada The Red Devils pada suku akhir Piala FA di Old Trafford dengan menegaskan mereka mempunyai lebih masa untuk kembali cergas dan menghadapi perlawanan yang lain.



Pengendali Liverpool, Jurgen Klopp mengakui ia kali pertama dia melihat pemainnya bergelut secara fizikal ketika mereka bermain perlawanan ke-46 dalam satu musim itu.

Mereka mempunyai sekurang-kurangnya 12 perlawanan lagi dan berpotensi melangkaui jumlah itu jika mereka melepasi Atalanta dalam perlawanan terakhir Liga Europa.

“Tidak banyak perlawanan lagi jadi pemain boleh berada dalam keadaan segar dan kami boleh pulih dengan betul serta fokus pada baki musim ini,” kata Elliott.

Walaupun ia adalah satu tamparan hebat, terutamanya tewas kepada musuh ketat mereka, Elliott menegaskan pemain tidak akan membenarkan ia menjejaskan cita-cita mereka sepanjang musim ini.



“Keyakinan kami sentiasa ada, ia tidak akan menjejaskan kami sama sekali,” katanya.

Sumber – SINAR HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button