RM600 bilion : Muhyiddin Tidak perlu jawab di Media atau bersumpah , Jawab sahaja di RCI.

Oleh Adam Malik

Dalam perkembangan terkini , Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan sekeras keras nya dia tidak mengambil langsung wang RM600 bilion masuk kedalam akaun peribadi nya.

Jawapan diberi oleh TSMY juga jelas untuk menyindir Datuk Seri Najib Razak yang ada kes berkaitan 1MDB/SRC wang masuk kedaam akaun peribadi nya.

Apa yang TSMY tidak ketahui adalah sehingga kes dijatuhi hukum pun , pembuktian wang dimasuk kan itu atas arahan DSNR dan juga tidak dapat di “established” kan dakwaan DSNR telah mencuri.

Apa yang Hakim Nazlan Ghazali ungkap ada lah “Kamu tidak sepatut mebelanja kan wang itu” dan tiada menyebut wang itu diarah masuk atau di suruh  bank-in oleh DSNR.

Berbalik semula pada topik diatas, TSMY telah membuat penafian bahawa beliau “tidak mencuri’ beberapa kali.

Namun , penafian bukan lah pembuktian.

Ia sekadar menafikan sahaja tanpa sebarang ‘proof’.

TSMY seolah olah dalam ketakutan, yang sepatut nya tidak berperasaan begitu jika perbelanjaan RM600 bilion penuh butiran dan pembuktian ada dalam dokumen Kementerian kewangan.

Kami diberitahu bahawa TSMY juga ada bersumpah dia tidak mencuri masuk kedalam akaun peribadi nya.

Kenyataan ni juga tidak perlu kerana RM600 bilion amat besar jumlah nya untuk penafian di media sahaja,

Apa yang perlu dilakukan oleh TSMY adalah cabar supaya diujudkan RCI untuk menyiasat perbelanjaan itu.

Jika tidak ada kecurian atau ketirisan tiada apa yang perlu ditakutkan.

TSMY harus ingat, dua pemimpin UMNO yang didakwa oleh kerajaan 22 bulan  telah menjawap dakwaan terpilih terhadap diri mereka didalam mahkamah dan bukan diMedia.

Maka, amat wajar TSMY mencabar kerajaan agar di bentuk segera RCI untuk menyiasat demi untuk TSMY membersihkan diri.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker