Dzeko hadiahkan kekalahan pertama buat Napoli

MILAN: Edin Dzeko membuka perebutan gelaran Serie A menerusi gol tunggal perlawanan ketika Inter Milan menang 1-0 mengatasi Napoli seterusnya mengurangkan kelebihan pendahulu liga itu kepada lima mata.

Tandukan padu kapten Bosnia itu hasil hantaran lintang Federico Dimarco 10 minit selepas rehat sudah cukup untuk menamatkan rekod tanpa kalah Napoli dan membawa Inter lapan mata daripada pendahulu itu.

Skuad kendalian Simone Inzaghi kini di kedudukan keempat dan mampu merebut Scudetto selepas kemenagan ketiga berturut-tutut dalam liga dan satu daripadanya meletakkan sedikit tekanan buat Napoli yang sebelum ini dilihat cuba menjarakkan diri sebelum Piala Dunia.

“Saya berusia 36 tahun dan saya mahu terus bermain pada tahap tertinggi dan hanya satu cara untuk melakukannya ialah dengan kerja keras,” kata Dzeko kepada DAZN.

“Saya akan teruskan selagi saya mampu mendatangkan perbezaan.”

Pasukan tangga kedua, AC Milan paling untung selepas kejayaan jiran mereka itu di San Siro dengan usaha mempertahankan gelaran mereka meningkat selepas menang 2-1 di Salernitana.

Juga mendapat kelebihan ialah Juventus, yang berkedukan ketiga dan dua mata di belakang Milan selepas menang 1-0 di Cremonese.

“Kami boleh menunjukkan lebih banyak kualiti… Sebahagian pemain kami berada di bawah par hari ini,” kata jurulatih Napoli, Luciano Spalletti.

“Apa yang saya lihat hari ini ialah bukan apa yang kami boleh lakukan, jadi ia salah saya. Kami perlu melakukan lebih banyak dalam latihan dan mencari prestasi serta kecergasan.”

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker