Sri Pahang sedia layan kunjungan Perak FC

Sri Pahang sedia layan kunjungan Perak FC

Sri Pahang sedia layan kunjungan Perak FC
FANDI (dua dari kiri) mahu anak-anak buahnya belajar bermain lebih agresif, tunjukkan lebih semangat dan memberi lebih tekanan kepada lawan.

SRI Pahang tiada pilihan lain kecuali perlu manfaatkan baki tempoh rehat lima hari untuk persiapkan pasukan secara mental dan fizikal untuk ­menerima kunjungan Perak FC di Stadium Darul Makmur Ahad ini.

Walaupun dipalit kekalahan 4-0 kepada Sabah, 15 Julai lalu, pengendalinya, Fandi Ahmad tidak mahu anak-anak buahnya terus dibayangi episod kecewa yang mungkin akan menjejaskan mutu permainan pada baki saingan selepas ini.

“Menang ketika itu (tewas kepada Sabah) bukan hari kita. Kita akur tewas kepada pasukan lebih baik tetapi yang penting adalah melihat ke depan.



“Ini kekalahan yang harus jadi pengajaran, kita perlu belajar bermain lebih agresif, tunjukkan lebih semangat dan memberi lebih tekanan kepada lawan.

“Kita banyak membuat kesilapan mudah apabila ditekan, tempoh dua minggu ini mudah-mudahan dapat perbaiki semu­la cara kita bermain,” ujarnya.

Selepas mengharungi 17 perlawanan, Tok Gajah berkongsi 34 mata dengan Kedah Darul Aman FC (KDA) dan kurang enam mata berbanding Selangor di tempat kedua yang sudah beraksi 18 kali.

Untuk rekod, Sri Pahang cemerlang dalam dua aksi ter­akhir di Kuantan apabila raih mata maksimum selepas mengatasi Negeri Sembilan 4-3 dan tundukkan Gergasi Merah 1-0.



Sri Pahang sedia layan kunjungan Perak FC


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Kebiadaban Presiden Parti Gerakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button