Bayern Munich ikat Blind

Munich: Bayern Munich menandatangani pemain pertahanan Belanda, Daley Blind menerusi perpindahan percuma dengan kontrak enam bulan, menurut kelab Bundesliga itu hari ini.

Pemain berusia 32 tahun itu menjadi ejen bebas minggu lalu selepas bersetuju menamatkan kontraknya dengan Ajax Amsterdam enam bulan lebih awal.

“Kami berbesar hati Daley menyertai kami,” kata pengarah sukan Bayern, Hasan Salihamidzic.

“Daley pertahanan serba boleh yang mampu beraksi di bahagian kiri, kanan dan tengah. Dia mempunyai pengalaman luas di peringkat antarabangsa selain memiliki kualiti kepimpinan.”

Blind yang membantu Belanda mara ke suku akhir Piala Dunia di Qatar tahun lalu meraih tujuh gelaran bersama Ajax, 333 penampilan, menjaringkan 13 gol dan mencipta 21 bantuan jaringan.

Dia turut menjuarai Liga Europa 2017 ketika beraksi dengan kelab Liga Perdana Inggeris, Manchester United.

Juara Jerman, Bayern yang mendahului carta Bundesliga meneruskan kempen mereka dengan menentang RB Leipzig pada 20 Januari.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker