Mahathir Sudah Mendapat ‘Wahyu’ H2O Akan Di Dakwa?

Mahathir Sudah Mendapat 'Wahyu' H2O Akan Di Dakwa?

Mahathir Sudah Mendapat ‘Wahyu’ H2O Akan Di Dakwa?

Sebelum ini Dr Mahathir sememangnya dikenali sebagai politikus yang sangat berkuasa dan sering memberikan ‘wahyu’ kepada politikus lain dan juga kepada pegawai kerajaan.

Dr Mahathir juga dikenali sebagai politikus yang sangat licik dalam mencaturkan kedudukan pemimpin mengikut selera beliau.



Tetapi kini keadaan sudah berubah.

Mungkin kerana parti pimpinan beliau, malah beliau sendiri bukan sahaja kalah dalam PRU 15, tetapi juga hilang duit deposit, Dr Mahathir dilihat sudah kehilangan cengkaman.

Sekiranya sebelum ini beliau yang memberikan ‘wahyu’, tetapi kini tindakan beliau terpaksa mengharapkan ‘wahyu’ yang diberikan kepada beliau.

Sebelum ini, Dr Mahathir mencaturkan supaya Hishamuddin Hussien mengambil alih kepimpinan UMNO.



Tetapi mungkin kerana baharu mendapat ‘wahyu’, maka Dr Mahathir dikatakan telah mengenepikan Hishamuddin sebagai calon kegemaran bagi kerusi presiden UMNO.

Mantan ahli MKT UMNO, Dato’ Lokman Adam mendedahkan, kini Dr Mahathir sudah mempunyai kuda baharu untuk menggantikan Hishamuddin.

Kuda baharu itu dikatakan adalah proksi kepada seorang ‘billionare’ yang juga merupakan kroni rapat Dr Mahathir.

Mereka dikatakan mempunyai dana yang lebih dari mencukupi untuk merasuah semua perwakilan UMNO yang bakal mengundi dalam pemilihan parti.



Lihat di sini:

https://www.youtube.com/live/40nEJo7jQVE?feature=share

Pada hemat penulis, kuda tunggangan Dr Mahathir sekarang ini mungkin sudah ditambat di sekitar Kuala Lumpur.

Bukan apa, memandangkan usia Dr Mahathir yang sudah lanjut, ianya akan memudahkan untuk Dr Mahathir beri makanan kepada kuda tunggangan baharu itu.



Tidak perlu disewa lori untuk membawakan makanan atau merawat sekiranya kuda tunggangan itu sakit atau tercedera.

Apa pun, sama-sama kita tunggu senarai calon yang akan bertanding untuk jawatan presiden UMNO nanti.

 

Mahathir Sudah Mendapat ‘Wahyu’ H2O Akan Di Dakwa?

 



Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button