Mengapa Anwar Ibrahim Beri Keutamaan Kepada Skandal RM92.5 Bilion?

Mengapa Anwar Ibrahim Beri Keutamaan Kepada Skandal RM92.5 Bilion?

Mengapa Anwar Ibrahim Beri Keutamaan Kepada Skandal RM92.5 Bilion?

Dalam ucapan pertama Anwar Ibrahim sebagai perdana menteri, beliau telah menyatakan iltizam untuk membongkar perbelanjaan RM92.5 bilion ketika Perikatan Nasional memerintah.

Malah ketika itu, beliau mengumumkan pihak SPRM sudah pun membuka kertas siasatan mengenai isu tersebut.



Anwar juga memaklumkan, dari makluman awal yang beliau terima dari pegawai-pegawai di Kementerian Kewangan, terdapat pelanggaran serius dalam tatakelola perbelanjaan RM92.5 bilion.

Dalam beberapa ucapan, termasuk di dalam Dewan Rakyat, Anwar dilihat seolah memberi ingatan kepada pihak berkuasa agar siasatan tidak dilengahkan.

“You are dealing with a new prime minister and I meant what I said”, tegas Anwar Ibrahim.

Malah dalam ucapan tahun baharu, Anwar mendedahkan ada mantan perdana menteri dan mantan menteri kewangan yang memunggah berbilion ringgit duit negara ke luar negara.



Persoalan yang menarik untuk kita kupas adalah, mengapakah Anwar dilihat memberikan keutamaan kepada siasatan RM92.5 bilion?

Apakah selain dari isu RM92.5 bilion, tidak ada penyalahgunaan kuasa dan ketirisan yang berlaku?

Pada pendapat penulis, pembongkaran ketirisan RM92.5 bilion adalah ibarat membuka kotak pandora.

Siasatan ke atas RM92.5 bilion akan mengheret setiap ahli politik yang melakukan penyelewengan ke atas duit rakyat ketika mereka berkuasa.



Tidak mungkin ketirisan dana sebesar RM92.5 bilion hanya dilakukan oleh seorang pemimpin sahaja.

Di dalam kotak pandora tersebut ada cerita mengenai skandal Menara KL.

Ada cerita mengenai projek optik fiber Zon Sabah.

Ada cerita mengenai vaksin Covid-19 dan pelbagai skandal lagi.



Percayalah, apabila kotak pandora sudah dibuka, maka Jabatan Peguam Negara dan mahkamah akan mengalami era yang paling sibuk dalam sejarah Malaysia.

 

Mengapa Anwar Ibrahim Beri Keutamaan Kepada Skandal RM92.5 Bilion?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button