Umur Baru 12 Tahun Dah Hamil 8 Bulan
Seorang gadis yang baru berusia 12 tahun terpaksa menerima hakikat bahawa dirinya bakal bergelar ibu muda. Di saat orang lain sedang bersuka-ria dan menjalani kehidupan remaja mereka, gadis ini pula terpaksa mengorbankan masa mudanya dengan menggalas tanggungjawab yang sangat besar.
Remaja 12 tahun hamil 8 bulan
Kisah gadis yang dikenali dengan nama Bunga dari Indonesia mula menjadi perhatian warganet selepas videonya menjalani pemeriksaan kandungan di sebuah klinik tular di media sosial. Menerusi video yang dimuat naik di TikTok, Mommy Chutela memaklumkan bahawa Bunga merupakan anak kepada pekerjanya di perusahaan kebun keluarganya.
Tetapi apa yang menyedihkan selepas mengetahui Bunga sebenarnya merupakan mangsa rogol sehingga mengakibatkan dirinya hamil. Namun, wanita ini enggan menceritakan secara terperinci bagaimana kejadian tersebut berlaku dan siapakah pelakunya kerana mahu menjaga aib Bunga.
Ibu bapa Bunga juga dikatakan buntu dan tidak tahu bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dilalui anak gadis mereka itu. Oleh hal demikian, wanita ini akhirnya menawarkan bantuan untuk menjaga Bunga.
Dan saya enggan menyakiti Bunga dengan bertanya macam-macam soalan seperti kenapa, di mana, siapa. Kalau Bunga tidak mahu menjawab, saya juga tidak mahu mendesak.
Kerap muntah sampai penat
Jelas wanita ini lagi, Bunga yang kini sarat hamil 8 bulan seakan tidak faham bahawa dirinya berbadan dua kerana apabila jururawat memintanya menyelak baju untuk tujuan imbasan, Bunga seperti kekok dan malu. Bukan itu sahaja, wanita ini akui kasihan melihat Bunga yang kerap loya, muntah dan sentiasa penat.
Hari ke-5 di rumah kami. Bunga aku tak benarkan buat kerja apa pun kecuali mencuci pakaiannya sendiri. Jadi Bunga hanya makan, tidur sambil menonton kartun sebagaimana disukai kanak-kanak seusianya.
Video yang dikongsikan telah mendapat pelbagai respon daripada warganet yang rata-ratanya berharap agar gadis ini diberi kekuatan dan ketabahan untuk menjalani kehidupan sebagai seorang ibu muda. Mereka juga sempat berpesan kepada ibu bapa di luar sana supaya menjaga keselamatan anak-anak supaya tidak berlakunya perkara tidak diingini.
Sumber: Tribunnews, Mommy Chutela