Empat rentung kereta terbabas dan terbakar di WCE
Empat rentung kereta terbabas dan terbakar di WCE

MANJUNG: Empat lelaki ditemukan rentung dalam kereta yang terbakar selepas terbabas ke parit di Kilometer 220 Lebuhraya Pesisir Pantai Barat (WCE) arah utara berhampiran susur keluar Tol Changkat Cermin, hari ini.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Perak, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan jam 5.11 petang tadi mengenai nahas membabitkan kereta yang dinaiki lima sekawan.
“Empat mangsa rentung dalam nahas itu manakala seorang lagi penumpang cedera.
“Semua mangsa adalah lelaki tempatan. Berdasarkan maklumat awal yang diterima, mereka yang bekerja di Lumut dalam perjalanan ke Ipoh.

Difahamkan, semua mangsa adalah pekerja kontrak di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut dan ketika kejadian dalam perjalanan ke Ipoh.
Empat rentung kereta terbabas dan terbakar di WCE
DISYORKAN UNTUK ANDA :
- Ahli UMNO tidak akan terpedaya dengan saranan Hamzah Zainuddin
- Hari ini PN menang, esok angkat sumpah PM?
- Harrison lebih layak dari Azmin untuk calon bakal MB Selangor?
LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :