Polis lepaskan 9 das tembakan henti penjenayah

Polis lepaskan 9 das tembakan henti penjenayah

Polis lepaskan 9 das tembakan henti penjenayah
RAKAMAN tular polis melepaskan tembakan ke arah kenderaan suspek. Gambar kecil, Ganesan dicari bantu siasatan. – Foto Ihsan Polis

KUALA LUMPUR: Polis melepaskan sembilan das tembakan ke arah sebuah kereta dalam usaha menghentikan dua penjenayah yang melarikan diri selepas diarah berhenti untuk pemeriksaan di Kepong, pagi tadi.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata dalam kejadian jam 7.45 pagi itu, dua lelaki tempatan memecut kenderaan dinaiki selepas diarah berhenti oleh anggota Unit Rondaan Bermotosikal (URB) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sentul, dari Pintasan Segambut melalui Taman Pusat Kepong.

@fazrin_ariff



Sekian berita Live dari Kepong. Kita kembali ke bilik siaran.

♬ original sound – Fazrin Ariff – Fazrin Ariff

“Pemandu tidak menghentikan kenderaan hingga ke Laman Rimbunan di Jalan Kepong, malah turut melanggar seorang anggota URB ketika mengundur kenderaan dalam usaha melarikan diri.

“Kereta dinaiki suspek turut mengancam keselamatan orang awam di jalan raya dan yang berada berhampiran lokasi kejadian,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, hari ini.



Rakaman kejadian berkenaan turut tular di media sosial.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Annuar Musa Ibarat Untung Secupak Tapi Rugi Segantang

Mohd Shuhaily berkata, tembakan yang dilepaskan anggota URB terbabit bertujuan menghentikan ancaman keselamatan terhadap orang awam dan anggota.



“Siasatan mendapati semua sembilan das tembakan yang dilepaskan menghala ke arah tayar kereta suspek.

“Akibat tembakan itu, kereta dinaiki suspek terbabas di tepi jalan sebelum mereka melarikan diri,” katanya sambil menambah anggota URB yang dilanggar cedera di kaki.

Sehubungan itu, katanya, polis giat mengesan seorang lelaki tempatan, O Ganesan, 40, bagi membantu siasatan.

Mohd Shuhaily berkata, semakan mendapati Ganesan mempunyai tiga rekod kesalahan berkaitan jenayah dan lapan rekod kesalahan berkaitan dadah.



Siasatan dibuat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan atas kesalahan cubaan membunuh dan Seksyen 353 kanun sama iaitu menggunakan kekerasan jenayah bagi menakutkan penjawat awam.

Saksi kejadian diminta menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Polis lepaskan 9 das tembakan henti penjenayah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

SPRM Cuba Kesan Menantu Muhyiddin Yang Di Syaki Melarikan Diri Ke Luar Negara



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button