Mayat penuntut UiTM ditemukan

Kuantan: Mayat penuntut Universiti Teknologi Mara (UiTM) Dungun ditemui terdampar di pantai, 7.30 pagi hari ini.

Mayat Adam Ridhuan Abdul Rejab, 19, ditemukan orang awam yang berjoging di pantai terbabit, 8.6 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang.

Menurut saksi, Ahmad Saifuddin Ahmad Zainuddin, 58, mayat mangsa dalam keadaan tertiarap dengan memakai singlet celoreng dan seluar pendek.

Difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, untuk tindakan lanjut.

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dihentikan, 9 pagi tadi.

Semalam penuntut UiTM Dungun hilang dikhuatiri lemasdihanyutkan arus deras.

Mangsa bersama 19 lagi rakan tiba di pantai berkenaan kira-kira jam 9 pagi untuk beriadah sambil menghabiskan masa cuti hujung minggu.

METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker