Bongkar gaya orang berbohong

Berbohong dalam perhubungan terutama membabitkan pasangan suami isteri sesuatu yang lazimnya dan dilakukan atas pelbagai alasan.

Sudah maklum berbohong itu dosa, tetapi ada yang tidak kisah asal sesuatu rahsia tersimpan rapat dan rapi, apa jadi hal. Ramai juga percaya sekali berbohong dan ‘terlepas’ ia bagaikan candu dan mahu menipu lagi dan lagi.

Namun, ‘sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh juga ke tanah’ . Hukum Tuhan, akhirnya pembohongan diketahui juga meskipun sesetengahnya seperti berlaku curang terhadap pasangan mengambil masa bertahun-tahun untuk terbongkar.



Jadi, bagaimana kita ini mengenal pasti bahawa seseorang itu sedang berbohong, hanya dengan melihat kepada bahasa tubuh:

1. Perubahan cepat pada ekspresi wajah

Ekspresi wajah memang tidak boleh berbohong. Ketika individu sedang menipu ekspresi rupa atau air mukanya nampak berubah secara tiba-tiba apabila ditanya atau diasak dengan pelbagai pertanyaan untuk mendapatkan kepastian.

Mungkin daripada wajah tenang, tiba-tiba jadi bertukar merah padam. Jadi, apabila ekspresi wajah seseorang berubah anda mungkin dapat mencari jawapan mengenai pembohongan itu.



Kemarahan, ketakutan, kesedihan atau ekspresi lain, juga bergantung kepada apa yang sedang penipu fikirkan.

2. Memalingkan muka

Lazimnya ketika berbual masing-masing memandang wajah dan mata saling bertembung. Namun, jika si penipu memalingkan wajah kerana cuba mengalihkan kontak mata dengan individu yang berada di depannya, berkemungkinan dia berbohong.

Jika seseorang menghindari kontak mata dengan anda pada saat diajak bicara serius, jadi dia sedang berbohong atau menyembunyikan sesuatu. Orang jujur dia akan berbicara dan bersikap santai saat seseorang bertanyakan mengenai dirinya.



Kalau dia tidak menatap mata kita dalam waktu lama, seakan dia sedang berfikir atau merenungkan sesuatu, maka anda boleh mengandaikan dia berbohong.

Ilmu sains membuktikan otot yang mengawal pergerakan mata mempunyai mekanisma sama yang diproses di bahagian otak yang mengawal ingatan dan emosi.

3. Keadaan rahang dan dahi nampak tegang



Seseorang yang berbohong juga akan menunjukkan perubahan pada otot dahi dan rahang. Kita boleh dapat perhatikan rahang dan dahinya menjadi tegang kerana cuba menegaskan mengenai sesuatu.

Itu petanda bahawa dia sedang meyakinkan dirinya sendiri kalau kata-katanya benar, walaupun dia sedang berbohong.

Lazimnya, pembohong cenderung bersikap tegang saat mereka tidak jujur dan tampak seakan terlalu menumpukan perhatian pada apa yang mereka katakan. Tujuannya supaya kita yakin kepadanya.

4. Sering berkecamuk



Jika sering fikiran berkecamuk pembohongan juga menjadi petanda seseorang itu memang pembohong. Sering berkecamuk adalah reaksi dialami dan tanpa disedari kononnya ia mahu seakan nampak santai.

Neuropsikolog menjelaskan mungkin sering berkecamuk agar tampak lebih selesa dengan percakapan. Ia biasanya tidak disengaja dan tidak disedari.

5. Tidak berkedip sama sekali

Berkedip berlebihan ternyata sama buruknya dengan tidak berkedip sama sekali. Kita boleh melihat bahawa seseorang sedang berbohong ketika ia tidak berkedip sama sekali saat menceritakan sesuatu.



Seseorang cenderung merasa tegang dan lebih serius daripada biasanya ketika berbohong. Ketika orang menjadi lebih serius daripada biasanya, otak akan mengurangkan aktiviti tubuh yang mengganggu konsentrasi.

Justeru, kita patut mencurigai jika seseorang tidak berkedip sama sekali saat menceritakan atau menjawab sesuatu, itu boleh jadi ia tanda berbohong.

6. Perbezaan tona suara dan cara bercakap

Jika seseorang sedang berbohong secara automatik tona akan berlainan daripada dalam keadaan normal.

Sekiranya, individu tidak kita kenal, mungkin kita boleh lihat dari segi gaya percakapan, iaitu lebih kepada mendesak supaya kita percaya dengan apa yang diperkatakannya.

Selain itu, ada ayat-ayat dalam perbualan diulang-ulang. Ia adalah satu proses untuk mendapatkan kepercayaan kita supaya tidak kelihatan sedang menipu.

7. Telapak tangan berpeluh

Saat berbohong, peningkatan metabolisme tubuh akan menjadi tidak teratur

dan degup jantung lebih laju.

Ini sekali gus menjadi penyebab telapak tangan yang berpeluh secara tiba-tiba, padahal ia tidak melakukan apa kegiatan yang menyebabkan dirinya berpeluh.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button