Respons kepada Pengerusi BN Tanjong Malim

Merujuk kepada kenyataan Pengerusi Barisan Nasional Tanjong Malim, Dato’ Mohd Khusairi Abdul Talib yang bertajuk “MCA carilah kerusi lain selain Tanjung Malim”

https://www.sinarharian.com.my/article/87984/BERITA/Politik/MCA-carilah-kerusi-lain-selain-Tanjong-Malim

Inilah respons Ketua MCA Bahagian Tanjong Malim, Goh Choong Seng:



1. Persoalan tentang siapa yang patut bertanding dan di mana merupakan isu besar yang perlu diputuskan oleh kepimpinan Pusat, bukannya ditentukan oleh pemimpin Bahagian;

2. Kami akan tetap mempertahankan kerusi Parlimen Tanjong Malim sebagai kawasan tradisi MCA dan akan terus meletakkan calon;

3. Kami tidak pernah mengabaikan rakyat atau pengundi kawasan ini walaupun kalah dalam PRU14, malah masih meneruskan kerja sehari selepas hari mengundi serta mengekalkan pusat khidmat di Slim River sehingga kini.

-MCA online-



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button