Kereta salah masuk laluan punca dua beranak maut

BAGAN SERAI: Kemalangan mengorbankan dua beranak di di Kampung Kedai 2, Tebok Rimba, Simpang 4, Semanggol, di sini, semalam berpunca daripada kereta dipandu seorang doktor masuk ke laluan bertentangan secara tiba-tiba.

Ketua Polis Daerah Kerian, Superintendan Juna Yusoff, berkata kejadian diterima pada jam 7.50 malam di Kilometer 93.5 Jalan Ipoh – Butterworth berhadapan Surau Al-Hidayah menyebabkan pemandu lori berusia 37 tahun serta ibunya, 64, tersepit dan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Menurutnya, kedua-dua mangsa adalah peniaga sate dan dipercayai dalam perjalanan pulang dari Semanggol menghala ke Taiping.



“Apabila tiba di tempat kejadian lori dipercayai dilanggar sebuah kereta dari arah Taiping yang secara tiba-tiba masuk ke laluan lori.

“Akibat kemalangan itu pemandu lori dan penumpang meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu kereta berusia 28 tahun yang juga seorang doktor di Hospital Taiping mengalami kecederaan dan dihantar ke hospital berkenaan untuk rawatan lanjut,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya kedua-dua mangsa dibawa ke Hospital Parit Buntar untuk bedah siasat dan kes di siasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BHOnline



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button