RNF nafi jadi pasukan satelit KTM

RNF nafi jadi pasukan satelit KTM

RNF nafi jadi pasukan satelit KTM
RAZLAN (tengah) menolak dakwaan KTM bahawa pasukan CryptoData Aprilia RNF Team menghadapi masalah kewangan dan mereka sedia menawarkan bantuan.

PASUKAN Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) dari Malaysia, CryptoData Aprilia RNF Team menafikan sekeras-kerasnya mereka sedang menghadapi masalah kewangan, sekali gus membuka ‘pintu’ buat KTM menawarkan bantuan untuk menjadi sebagai pasukan satelit mereka musim depan.

Baru-baru ini, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KTM, Stefan Pierer mendakwa, pasukan RNF bergelut dengan masalah kewa­ngan dan pihaknya terbuka untuk membantu pasukan dari Malaysia itu menjadi pasukan satelit kedua mereka musim depan.

Difahamkan, KTM ketika ini terdesak mencari pasukan satelit baharu terutama untuk memastikan Pedro Acosta yang kini bersaing dalam kancah Moto2 dapat berlumba dalam kelas perdana musim 2024. Justeru, Pierer enggan terlepas peluang sebelum Acosta disambar pasukan lain.



Bagaimanapun, Ketua Pasukan RNF, Datuk Razlan Razali menegaskan, dakwaan tersebut sama sekali tidak berasas dan mereka tetap menghormati perjanjian dua tahun bersama pasukan Aprilia.

Tegas Razlan, pihaknya juga menafikan masalah kewangan melanda pasukan tersebut selain tiada sebarang pertemuan atau perbincangan dibuat di luar padok bersama KTM tentang hala tuju musim 2024.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Hadi Dan Mahathir, Siapa Tunggang Siapa Sebenarnya




“Bagi saya apa yang dikatakan KTM sama sekali tidak benar dan tiada tawaran rasmi dibuat kepada kita selama ini. Saya juga terkejut dengan berita itu dan apa yang boleh saya katakan tuduhan KTM itu hudtidak berasas.

“Lagi pun, semua orang tahu hubungan saya dengan KTM tidak berapa ‘cantik’ terutama sewaktu saya mengambil dua pelumba mereka iaitu Raul Fernandez dan Miguel Oliveira. Jadi, saya juga terkejut dengan apa yang diperkatakan oleh KTM sendiri.

“Buat masa ini, apa yang boleh saya katakan ialah saya mempunyai hubungan dengan baik bersama Aprilia dan mereka memberi bantuan penuh kepada kami. Saya menghormati perjanjian dua tahun tersebut.

“Sepanjang tempoh lima ming­gu kita berehat, macam-macam cerita dongeng saya dengar. Jadi bagi saya spekulasi tersebut tidak masuk akal dan saya menghormati perjanjian kami bersama Aprilia ketika ini,” katanya secara eksklusif kepada Kosmo! semalam.



Ketika ini, bukan RNF sahaja dikaitkan menyertai KTM kerana LCR Honda juga mengesahkan pihaknya turut didekati KTM dua minggu lalu, namun menolak tawaran pasukan Austria tersebut.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Apakah Sayap UMNO Masih Setia Kepada Parti?


KTM ketika ini mempunyai dua pasukan dalam MotoGP iaitu Red Bull KTM Factory Racing menerusi pelumba terbaiknya iaitu Jack Miller dan Brad Binder. Ke­dua-dua kontrak pelumba tersebut akan berakhir pada penghujung tahun depan.



Sementara itu, KTM juga memiliki sebuah pasukan satelit iaitu Tech3 GASGAS Factory Racing yang ketika ini mengikat dua pelumbanya iaitu Pol Espargaro dan Augusto Fernandez.

Difahamkan, kedua-dua pelumba berkenaan mempunyai kontrak sehingga 2024.

RNF nafi jadi pasukan satelit KTM


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

PN Akan PECAH Sebab Bayan Lepas




Discover more from My TV ONLINE

Subscribe to get the latest posts to your email.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Discover more from My TV ONLINE

Subscribe now to keep reading and get access to the full archive.

Continue reading