Kesilapan ketika rutin penjagaan kulit wajah

MENJAGA kulit dengan produk dan kaedah yang betul penting terutama mereka yang sering terdedah kepada pencemaran, tekanan, dan tabiat pemakanan yang tidak menentu.

Walaupun menumpukan penjagaan kulit, ramai masih melakukan kesilapan biasa yang membuatkan mereka tidak memanfaatkan sepenuh rutin harian menjaga kulit.

Pakar Dermatologi, Dr Gurveen Waraich, baru-baru ini menerusi Instagram miliknya berkongsi dua kesilapan penjagaan kulit biasa di mana pakar dermatologi lakukannya.



“Pertama, seharusnya cucian melangkau sehingga ke leher ketika menggunakan produk penjagaan kulit.

“Selalunya, individu hanya menumpukan perhatian pada wajah dan mengabaikan bahagian leher yang secara amnya ia adalah kawasan pertama yang menunjukkan tanda-tanda penuaan.

“Dengan hampir 24 jam memperuntukkan masa dengan peranti, turut beri kesan kepada leher, yang juga terdedah kepada tanda-tanda penuaan pramatang.

“Jadi, anda dinasihatkan melakukan penjagaan kulit pada leher juga dengan menggunakan bahan penghidratan dan pelindung matahari.



“Kawasan leher sangat halus jadi jangan gunakan retinol yang tinggi, Alpha-hydroxy Acid (AHA) dan (Beta-hydroxy Acid) BHA,” kata pakar dermatologi itu.

Kesilapan ketika rutin penjagaan wajah

Perunding Dermatologi, Dr Naren Prakash, pula menegaskan sapuan produk kecantikan juga perlu dilakukan di kawasan leher ketika penjagaan kulit muka.



Malah, mereka seharusnya menggunakan pada dan di belakang telinga. Produk penjagaan kulit hendaklah disapu perlahan-lahan pada leher untuk memastikan bahagian depan, sisi dan belakang leher ditutup dengan betul,” katanya.

Kesilapan kedua, kebanyakan individu memandang remeh iaitu tidak menggunakan pelindung matahari sedangkan mereka kerap terdedah kepada cahaya suria.

“Satu lagi kesilapan biasa yang kita semua cenderung lakukan adalah mengehadkan penggunaan pelindung matahari hanya pada muka saja.

“Justeru, perlu menggunakan pelindung matahari pada semua bahagian terdedah termasuk lengan, keseluruhan kawasan leher. Jadi jangan kita lupa atau malas melakukan.



“Sembur pelindung matahari di badan kerana ia mudah digunakan dan mudah menyerap,” jelasnya.

Antara kesilapan penjagaan kulit lain yang sering dilakukan:

* Menggosok dan menarik kulit semasa menggunakan produk penjagaan kulit

* Menggelupas terlalu kerap



* Mengabaikan tanda-tanda dehidrasi

* Tidak membersihkan berus solek dengan kerap

* Menggunakan penjagaan kulit dalam susunan yang salah

* Tabiat tidak menanggalkan solekan sebelum tidur



* Tidak memakai pelindung matahari

* Menggunakan produk kecantikan yang salah (tidak mengikut kesesuaian jenis kulit)

BH

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button