SPRM Siasat Pengarah AMLA SPRM Yang Mengendalikan Kes DS Najib, DS Zahid Dan TS Shahrir Samad

SPRM Siasat Pengarah AMLA SPRM Yang Mengendalikan Kes DS Najib, DS Zahid Dan TS Shahrir Samad

SPRM Siasat Pengarah AMLA SPRM Yang Mengendalikan Kes DS Najib, DS Zahid Dan TS Shahrir Samad

Pengarah AMLA SPRM, Mohamad Zamri Zainul Abidin, dikenali sebagai pegawai kanan SPRM yang mengendalikan beberapa kes berprofil tinggi yang berkaitan dengan AMLA.

Antara kes berprofil tinggi yang beliau kendalikan ialah kes SRC dan 1MDB yang membabitkan DS Najib.



Zamri juga mengendalikan kes VLN dan Yayasan Akal Budi yang membabitkan DS Zahid.

Siasatan kes TS Shahrir yang didakwa menerima RM1 juta dari dana 1MDB juga dikendalikan oleh Zamri.

Dalam kes UKSB, seluruh negara terkejut apabila terdedah di dalam mahkamah pihak pendakwaan gagal mengenalpasti individu dari UKSB yang mereka dakwa memberikan rasuah kepada DS Zahid.

Akibatnya DS Zahid telah dibebaskan dari 40 pertuduhan menerima rasuah dari UKSB.



Lebih mengejutkan apabila saksi pendakwaan mendedahkan terdapat beberapa VVIP lain yang menerima suapan.

Baca di sini:

https://malaysiadateline.com/bukan-saja-zahid-hamidi-lima-nama-ahli-politik-ini-pun-saksi-petik-terima-duit-dari-syarikat-kendali-sistem-visa/

Namun pihak AMLA SPRM dilaporkan tidak melakukan siasatan penuh.



Hanya selepas perkara itu dibangkitkan dalam parlimen, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki membuat kenyataan kesemua mereka akan dipanggil.

Baca di sini:

https://www.utusan.com.my/nasional/2022/08/ramai-lagi-nama-dalam-buku-lejar-uksb-akan-dipanggil/

Namun hingga kini, masih tiada sebarang makluman dari SPRM berkaitan komitmen yang diberikan oleh Azam Baki.



Apakah SPRM masih memberikan kepercayaan untuk mengendalikannya?

Manakala dalam kes yang membabitkan TS Shahrir Samad pula, pegawai penyiasat SPRM, Nurzahidah Yacop, Zamri mengarahkan pendakwaan diteruskan walau pun siasatan belum lengkap.

Baca di sini:

https://www.facebook.com/permalink.php?story_fbid=pfbid02ytkgWMHzLHMXpDJ1Bsz6TuYBRmLAXNmjSXZhhQSjAP54ybkJ5QEbAWbKjJs5TtEql&id=100045805928680



Kini, Zamri dilapurkan sedang disiasat oleh SPRM atas dakwaan menerima rasuah sebanyak RM20 juta dari projek ‘Qatar’.

Selain dari itu Zamri juga dikatakan telah meminta tambahan RM200 juta dari pemilik tersebut untuk ‘meringankan’ siasatan SPRM ke atas pemilik projek.

Baca di sini:

http://sabahkini2.com/en/news/5292/sprm-siasat-zamri-pengarah-amla-sprm-terima-rasuah-rm20-juta-pau-pemilik-projek-qatar-rm200-juta/view



SPRM mesti melakukan siasatan yang telus dan tuntas.

Ini adalah masa terbaik untuk SPRM melakukan pembersihan dengan menyingkirkan pegawai kanan SPRM yang tiada integriti.

 

SPRM Siasat Pengarah AMLA SPRM Yang Mengendalikan Kes DS Najib, DS Zahid Dan TS Shahrir Samad

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button